Dua hari lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah mencapai keputusan secara muafakat bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerajui negara selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Keputusan itu juga dipersetujui oleh semua parti komponen termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu, beliau sendiri mencadangkan agar Dr Mahathir menentukan tarikh peralihan kuasa.
Namun, ketenangan itu kembali berkocak apabila pada Ahad, lima mesyuarat politik diadakan serentak.
BACA: Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M
BACA: Peralihan kuasa: 'Sementara ini saya kena sabar' - Anwar
Kesannya, seluruh negara mula tertanya-tanya, apa sebenarnya berlaku pada hari Ahad yang sewajarnya menjadi tenang itu?
Kenapa lima mesyuarat politik diadakan ketika pelan peralihan kuasa sudah dimuktamadkan?
Kelima-lima mesyuarat politik tergempar yang diadakan pada Ahad ialah pertemuan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung pagi ini di ibu pejabat parti itu.
BACA: Tun M adakan pertemuan khas dengan pemimpin Bersatu
Sementara di sebuah hotel yang tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu, turut berlangsung pertemuan sejumlah pemimpin yang dipercayai dari kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Antara pemimpin berkenaan ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).
Aktivis sosial, Hishamuddin Rais serta penasihat Azmin, Khalid Jaafar juga menyertai pemimpin-pemimpin itu.
Bukan hanya pemimpin PKR, bahkan kelibat Ahli Parlimen Larut dari Bersatu , Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga difahamkan berada di hotel tersebut.
Dalam masa sama, semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) difahamkan bertemu di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat dengan Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
BACA: Ada 'agenda besar', Abang Jo jumpa Ahli Parlimen GPS di KL
Di celah-celah kesibukan mesyuarat politik dari gabungan pemerintah, dua parti politik pembangkang iaitu UMNO dan Pas juga difahamkan menganjurkan mesyuarat pada hari ini.
UMNO dan Pas juga dilaporkan menghadiri pemukiman di kemudahan latihan UMNO di Janda Baik, Pahang pada Sabtu dan berakhir hari ini.
Memetik sumber seperti dilapor Malay Mail, sekutu Azmin didakwa akan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad selepas Perdana Menteri selesai mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Bersatu.
“Dr Mahathir dikatakan akan bertemu dengan Ahli Parlimen dari Bersatu dan 15 Ahli Parlimen daripada sekutu Azmin malam atau hari ini.
“Terdapat juga anggota Parlimen daripada UMNO yang turut menghadiri mesyuarat itu dengan Perdana Menteri malam ini,” demikian memetik sumber tersebut.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan beberapa pemimpin kanan PKR yang dilihat setia dengan Azmin sedang bermesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Selain Zuraida, pemimpin-pemimpin PKR lain yang sedang berhimpun di hotel tersebut adalah Datuk Saifuddin Abdullah (Temerloh); Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat); dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).
Mesyuarat tergempar itu dijangka mempunyai kaitan dengan ‘penentuan’ masa depan dan kepimpinan negara.
BACA: Azmin, Zuraida buat pengumuman besar petang ini?
Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa pemimpin Bersatu memberi amaran untuk keluar PH pada mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lalu, sekiranya Dr Mahathir terus ditekan untuk menentukan tarikh peralihan kuasa.
Mengikut rekod, PH dan sekutunya Warisan mempunyai 138 kerusi di Dewan Rakyat. Namun, sekiranya Bersatu mengumumkan untuk meninggalkan komponen parti itu, PH akan kehilangan 26 kerusi, meninggalkan kerajaan dengan hanya 112 kerusi.
Astro Awani
Sun Feb 23 2020
Mesyuarat tergempar itu dijangka mempunyai kaitan dengan penentuan masa depan dan kepimpinan negara.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.