KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan empat akta yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata ia membabitkan Akta Paten (Pindaan) 2022, Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Petunjuk Geografi 2022.

"Saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen ke-14 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat yang lalu," katanya.

Mohd Rashid berkata demikian pada permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA