KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu benar-benar sudah bersedia selain mendapat sokongan majoriti rakyat untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang bersetuju telah tiba masa untuk persiapan bagi PRU15 diadakan berkata buat masa ini perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah meneliti semua perkara berkaitan termasuk sentimen rakyat.
"Sekiranya benar-benar sudah siap, saya fikir elok disegerakan. Bila tarikhnya, terserah kepada budi bicara perdana menteri setelah berunding secara dalaman dengan Majlis Kerja Tertinggi UMNO," kata Annuar dalam catatan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Beliau mengulas kenyataan perdana menteri yang menegaskan PRU tidak boleh diadakan hanya kerana desakan sekumpulan kecil, sebaliknya pilihan raya merupakan perkara besar yang memerlukan perbincangan selain persediaan pelbagai aspek dan pihak berkaitan.
Annuar berkata reaksi Ismail Sabri itu menggambarkan kebijaksanaan dan kematangan berpolitik seorang perdana menteri kerana PRU bukan satu perkara kecil apa lagi untuk membubarkan sebuah kerajaan yang sedang memerintah dengan mandat daripada hampir seluruh anggota Dewan Rakyat.
Beliau berkata perdana menteri mewakili parti minoriti iaitu 42 daripada 116 kerusi gabungan pelbagai parti di Parlimen yang mempunyai keseluruhan 222 kerusi, maka perbincangan dalam kerajaan wajib diambil kira.
Menurut Annuar, tarikh pembubaran Dewan Rakyat mesti menjadi rahsia besar parti memerintah dan kekal sebagai hak budi bicara perdana menteri, bukannya ditentukan melalui desakan terancang.
Menjelas lanjut, Annuar berkata untuk membolehkan PRU15 diadakan, ia memerlukan pimpinan tertinggi yang bertanggungjawab tentang kesiapsiagaan parti daripada sudut sumber, logistik, kewangan, organisasi dan strategi.
Beliau berkata kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lepas dan Johor semalam adalah kerana pimpinan parti tahu kesiapsiagaan mereka selain sentimen rakyat yang menyokong keputusan kerajaan negeri.
"Di pusat, sentimen ini perlu diteliti kerana sekiranya berbuat sesuatu lain daripada sentimen rakyat, mereka akan memberi reaksi melalui peti undi," katanya.
Selain itu, Annuar berkata keputusan di kedua-dua PRN itu juga kerana sokongan dan dukungan ibu pejabat parti, perdana menteri, para menteri dan timbalan menteri, para menteri besar dan ketua bahagian seluruh negara yang mana ia tidak mampu ditandingi oleh mana-mana parti.
"Dalam PRU, ini tidak akan berlaku kerana semua kawasan akan sibuk menjaga kawasan masing masing dan sekiranya persiapan terutama sumber serta kewangan tidak mencukupi, seluruh jentera akan lumpuh sama sekali," kata Annuar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Annuar bersetuju telah tiba masa untuk persiapan bagi PRU15 diadakan. - Gambar/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).