KUALA LUMPUR: Pas tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan politik sempit dibawa oleh UMNO, kata presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menerusi catatan Minda Presiden Pas di Facebooknya pada Rabu, Abdul Hadi mendakwa UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu yang hanya melibatkan dua parti sahaja dan meminggirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah Abdul Hadi mendakwa UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui Barisan Nasional (BN).
“Semua mengetahui mengapa UMNO mahukan Pas sahaja dan Pas sekali-kali tidak boleh diperbodohkan dalam politik yang sempit.
“Dalam pendekatan yang berjaya menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, Pas terlebih dahulu mengadakan hubungan dengan Bersatu yang ketika itu masih berada dalam kerajaan, sebelum UMNO turut bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 baru sahaja berlangsung.
“Demikian itu disebabkan oleh kedudukan sebahagian pemimpin Bersatu sebelumnya bersama UMNO yang bertindak keluar daripada parti itu, ketika UMNO sedang bermasalah dalam pentadbiran kerajaannya sehingga jatuh kerajaan itu,” katanya.
Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, selain daripada menolak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) disebabkan hala tujunya yang salah, partinya juga memilih untuk tidak bersama UMNO melalui pendekatan BN yang telah ‘bocor bahteranya’ kerana Pas tidak mahu tenggelam bersama gabungan tersebut.
Pada masa sama, Abdul Hadi juga berkata, adalah terang lagi bersuluh pada ketika ini bahawa Pas mahu mengembalikan UMNO ke pangkal jalan perpaduan Melayu dan agama mengikut acuan Islam.
“Pada masa yang sama, (Pas) tidak meninggalkan mana-mana golongan yang tercicir dan bersama masyarakat majmuk dalam gagasan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) bersama Bersatu,” ujarnya.
Pas dan UMNO yang sebelum ini membentuk satu kerjasama dan mementerai piagam dinamakan Muafakat Nasional (MN) atas nama perpaduan Melayu dan Islam.
MN yang diasaskan oleh dua parti terbesar orang Melayu pada 2019 itu tidak dapat bertahan lama setelah Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) yang membentu kerajaan pada Mac 2020.
Disebabkan keputusan menyertai PN dan pada masa sama masih mahu mengukuhkan MN, banyak pihak termasuk pemerhati politik melabelkan Pas sebagai 'bermain banyak kolam'.
Namun perkembangan mutakhir ini memperlihatkan Pas lebih selesa bersama Bersatu dalam PN berbanding dengan UMNO menerusi MN.
Beberapa pemimpin Pas mendakwa kegagalan MN adalah disebabkan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang dilabelkan dengan 'Kluster Mahkamah'dan 'Kluster Tanpa Jawatan'.
Astro Awani
Wed Feb 02 2022
Abdul Hadi mendakwa UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui Barisan Nasional (BN). - Gambar fail/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Hizbullah sahkan kematian dua pemimpinnya dalam serangan udara Israel
Nabil Kauk, Ahli Majlis Pusat Hizbullah dan Ali Karaki, Komander Barisan Selatan pergerakan itu, terbunuh dalam serangan udara Israel.
Lewis hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya
Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.
Rakyat Lubnan positif penyelesaian politik mampu dicapai
: Harapan itu disuarakan di sebalik pelbagai usaha diplomatik setakat ini belum menunjukkan tanda kemajuan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hizbullah sahkan kematian dua pemimpinnya dalam serangan udara Israel
Nabil Kauk, Ahli Majlis Pusat Hizbullah dan Ali Karaki, Komander Barisan Selatan pergerakan itu, terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan pinggir bandar selatan Beirut.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota
Sekiranya dia merangkul gelaran itu dan mara ke Mexico, Choi akan menjadi peserta paling senior; lebih dua kali ganda daripada finalis tertua setakat ini yang berusia 40 tahun, Beatrice Njoya dari Malta.
Enam mayat ditemui dalam sebuah van di Mexico
Pihak berkuasa Mexico pada ahad mengesahkan bahawa terdapat enam mayat ditemui dalam sebuah van yang ditinggalkan di Mexico Sinaloa pada Jumaat.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.