Tarian sukan, Zumba dilihat antara faktor utama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal menjadi seorang pejuang Islam sejati.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, promosi berlebihan terhadap tarian sukan itu disifatkan sebenarnya mendukacitakan banyak organisasi Islam negara.
"KJ (Khairy) tidak boleh menjadi pejuang Islam kerana menjahanamkan belia dengan Zumba.
"Tidak ada faedahnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam...kalau hendak bersenam, banyak lagi perkara yang boleh dibuat untuk mengeluarkan peluh.
"Tidak payahlah hendak Zumba Zumba ini, baca sejarahnya dan fahami misinya yang mahu menggugat kekuatan Islam di dunia sebelum mempraktikkannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ismail mengulas sekali gus menyokong kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menempelak empat pemimpin UMNO yang disifatkan tidak berani membela orang Melayu.
Empat pemimpin tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Muhamad, bekas anggota majlis tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.
Zumba merupakan tarian yang dicipta penari dari Colombia dan koreografer Alberto Beto Perez pada awal 90-an.
Ia merupakan tarian yang merangkumi elemen hip-hop, soca, samba, salsa, merenque dan mambo.
Sehingga kini, lebih 14 juta penduduk dunia mengikuti kelas mingguan Zumba yang diadakan di lebih 185 negara.
Dalam pada itu kata Ismail, Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) turut dilihat seorang individu yang berkecenderungan untuk meliberalkan pemikiran orang Islam di negara ini.
"Kita maklum pergerakan GMM ini yang berjuang untuk meliberalkan fikiran orang Islam.
"Pandangan kami sangat kritikal terhadap Saifuddin, dia dan GMM tidak banyak membela Islam selain perkara itu juga sudah sedia maklum kepada semua," ujarnya.
Ismail bagaimanapun tidak mengulas mengenai tempelak Ibrahim terhadap dua lagi individu iaitu Khairul Azwan dan Nur Jazlan.
"Mereka berdua saya tidak kenal sangat dan tidak perlu rasanya hendak diulas," katanya.
Sebelum ini, Ismail di dalam sebuah portal dilaporkan berkata, umat Islam wajib menolak ideologi ekstremis kerana fahaman itu telah menyebabkan pengikutnya sesat daripada ajaran Islam yang sebenar.
Katanya, fahaman ekstremis atau radikal itu tidak boleh diterima kerana ajaran Islam yang sebenarnya adalah berpandukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Astro Awani
Mon Dec 15 2014
ISMAIL: Zumba punca KJ tidak boleh jadi pejuang Islam - Gambar fail
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.