JASIN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Melaka kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi Hari Pelancongan Dunia (WTD) pada 2025.
Beliau berkata Melaka dipilih sebagai tuan rumah disebabkan keyakinan kerajaan dan pihak luar terhadap negeri itu yang memiliki prasarana baik, hospitaliti, komitmen dan kecekapan kakitangan awam yang sentiasa bersedia memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran sesuatu majlis.
Katanya daripada lokasi tarikan pelancong, warisan peninggalan sejarah hinggalah ke keunikan asmilasi budaya serta tradisi rakyat Melaka, pastinya semua kelebihan ini akan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke negeri ini.
"Ia sekali gus menjadi titik tolak kepada keyakinan pelabur daripada dalam mahupun luar negara untuk terus merancakkan ekonomi di bumi Hang Tuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival D'Bendang di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Buat pertama kalinya, Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran WTD sebelum kerajaan Persekutuan memutuskan Melaka akan menjadi tuan rumah bagi acara berprestij itu.
Sebanyak 155 ketua negara serta wakil akan berkampung di Melaka bagi menjayakan acara yang diadakan secara tahunan itu.
Berkenaan Karnival D'Bendang itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia merupakan program diatur bagi meraikan musim menuai padi di Melaka yang bermula Oktober lepas, sekali gus keunikannya dapat dijadikan sebagai salah satu daya tarikan pelancongan di negeri itu.
Beliau berkata justeru secara tidak langsung Karnival D'Bendang dapat merealisasikan impian untuk mengetengahkan semula warisan budaya dan kekayaan alam yang dikekalkan oleh generasi untuk tatapan dan penghayatan generasi kini.
"Saya kira penganjuran karnival ini adalah satu langkah yang tepat oleh kerajaan negeri dalam mempromosikan kawasan-kawasan tumpuan pelancongan di negeri Melaka.
Katanya beliau juga yakin sasaran 18.4 juta pelancong dan pengunjung untuk mengunjungi Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan tercapai dengan usaha daripada semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

Peserta pertandingan Ratu Bendang memperagakan pakaian masing-masing sempena Karnival DÃBendang Melaka di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai. -Gambar fail/Bernama

Mangsa banjir di tiga negeri terus menurun petang ini
Keadaan banjir di Johor, Sarawak dan Sabah bertambah baik pada petang ini apabila jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 5,808 orang.

Tunku Mahkota Ismail berangkat melawat mangsa banjir
Tunku Ismail turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan di pekarangan Masjid Taman Tampoi Indah.
MAIWP peruntuk RM1.6 juta buat 5,427 pelajar pulang beraya
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 juta bagi membantu 5,427 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Wilayah Persekutuan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri menerusi program Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa.

Lebih 120 pakar forensik digital, penyiasat jenayah siber bakal sertai Cyber Games 2025
Pertandingan anjuran Malaysia bersama Council of Europe dan Interpol itu, julung kali diadakan di peringkat global.

Polis tahan lelaki tempatan disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Ia susulan laporan polis dibuat oleh seorang individu dua hari lepas, yang mengadu bahawa menerima ugutan bunuh menerusi laman sosial itu.

Dua set ETS tiba April depan, mula beroperasi menjelang Ogos - Anthony Loke
Anthony Loke berkata kedua-dua tren tersebut akan melalui pemeriksaan selama tiga hingga empat bulan sebelum boleh beroperasi.
Pengangkutan dan telekomunikasi ditutup 24 jam
Segala bentuk pengangkutan dan telekomunikasi akan ditutup di Bali selama 24 jam sempena Hari Nyepi.
Datuk Bandar Istanbul nafi dakwaan salah laku
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu yang ditahan, dengan tegas menolak semua dakwaan salah laku terhadapnya ketika protes berhubung siasatan ke atas ahli politik itu terus berlanjutan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Saravanan pertahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman wujud lebih 100 tahun
M Saravanan mempertahankan bahawa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India di Kuala Lumpur telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu.
KPWKM belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana tersebut ketika ini.

RM50.61 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana bernilai RM50.61 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Kerajaan kerah tenaga, aset pastikan keselamatan mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan melalui bahagian pengurusan bencana telah mengerahkan segala tenaga dan aset terbaik bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.