Tiada sebarang pertemuan sulit antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penafian itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan khabar angin yang mengatakan pertemuan sulit berkenaan berlaku di Jakarta Sabtu lalu.

Menurut Zahid, beliau antara menteri kabinet yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Jakarta.

"Walaupun ketiga-tiga kami berada di situ, kami tidak bertemu. Saya ingin menafikan pertemuan Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib dan saya berada dalam pertemuan itu. Saya menafikannya walaupun ketiga-tiga kami berada di Jakarta, tapi kami mempunyai program yang berbeza-beza."

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.