KUANTAN: Polis meminta orang ramai untuk berwaspada dengan taktik penipu yang menyamar sebagai pegawai polis bagi meminta sumbangan wang tunai menerusi panggilan telefon atau pesanan WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan di sini semalam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penipuan itu yang kononnya sumbangan terbabit akan digunakan bagi penganjuran program melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu.
"Suspek dikatakan memperkenalkan diri sebagai Tuan Nik atau Tuan Syukri serta menggunakan gambar profil lelaki mengenakan pakaian seragam polis. Suspek didapati menjadikan ahli perniagaan di sekitar Bentong sebagai sasaran," katanya.
Zaiham berkata suspek juga didapati menggunakan tiga akaun bank berbeza untuk mangsa memberikan sumbangan.
Sehubungan itu, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Beliau juga meminta mereka yang menerima panggilan atau pesanan serupa untuk menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09-2222222 atau ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
![Waspada taktik menyamar pegawai polis mohon sumbangan Waspada taktik menyamar pegawai polis mohon sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663645849_POLISBentong.jpg)
Zaiham berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/Facebook IPD Bentong
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Lima lelaki Bangladesh ditahan disyaki culik rakan senegara Lima lelaki Bangladesh ditahan disyaki culik rakan senegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709384725_razlam.jpg)
Lima lelaki Bangladesh ditahan disyaki culik rakan senegara
Polis menahan lima lelaki warga Bangladesh, semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lepas.
![Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695711562_EbitLew.jpg)
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
![Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708078126_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
![Pemasang jubin rugi RM29,000 terpedaya 'Love Scam' Pemasang jubin rugi RM29,000 terpedaya 'Love Scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689160810_TBLOVESCAM.jpg)
Pemasang jubin rugi RM29,000 terpedaya 'Love Scam'
Perkenalan singkat dengan seorang wanita menerusi media sosial membawa padah kepada pemasang jubin apabila terjerat dengan sindiket "Love Scam" sehingga wang simpanannya berjumlah RM29,000 lesap.
![Malaysia akan terus sokong Palestin Malaysia akan terus sokong Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689234338_TBZahidHamidi.jpg)
Malaysia akan terus sokong Palestin
Malaysia akan terus kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin biarpun menerima ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru semalam berikutan sokongan negara terhadap Palestin.
![PM Anwar terima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi PM Anwar terima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696573420_TBMASHUP.jpg)
PM Anwar terima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud pada Khamis.
![Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pensyarah wanita kerugian lebih RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon, baru-baru ini.
![Waspada taktik menyamar pegawai polis mohon sumbangan Waspada taktik menyamar pegawai polis mohon sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663645849_POLISBentong.jpg)
Waspada taktik menyamar pegawai polis mohon sumbangan
Polis Daerah Bentong menerima laporan, sumbangan terbabit kononnya akan digunakan bagi penganjuran program melibatkan IPD itu.
![Simpanan KWSP dan peribadi lesap, wanita rugi hampir RM1.2 juta Simpanan KWSP dan peribadi lesap, wanita rugi hampir RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685181573_scmageneric.jpg)
Simpanan KWSP dan peribadi lesap, wanita rugi hampir RM1.2 juta
Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon.
![Kakitangan kerajaan rugi RM852,000 Kakitangan kerajaan rugi RM852,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683896611_scmageneric.jpg)
Kakitangan kerajaan rugi RM852,000
Seorang kakitangan kerajaan kerugian RM852,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket menggunakan taktik panggilan telefon yang menyamar pegawai insurans, pegawai mahkamah dan polis.