GEORGE TOWN: Polis menahan lima lelaki warga Bangladesh, semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata kesemuanya yang berusia 20 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di Shah Alam, Selangor hasil maklumat awam dan risikan.
"Pada Jumaat, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 50-an yang bekerja sebagai tukang cuci di bandar raya ini memaklumkan bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suspek meminta wang tebusan RM200,000 jika mahu anak lelakinya yang diculik selamat.
"Lelaki itu yang bimbang keselamatan anaknya telah membuat laporan polis selepas menerima panggilan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata bertindak daripada laporan itu dan siasatan dijalankan, polis menyerbu sebuah premis di Shah Alam dan menahan lima lelaki itu serta menyelamatkan mangsa.
Razlam berkata mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditemukan selamat dan dipercayai baru tiba di negara ini untuk mencari kerja.
"Berdasarkan siasatan awal, tukang cuci itu tidak mengetahui anaknya datang ke Malaysia dan hanya tahu selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang menuntut wang tebusan," katanya.
Kelima-lima lelaki terbabit, katanya kini direman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata siasatan juga sedang dijalankan sama ada kejadian berkenaan melibatkan suspek lain atau rangkaian sindiket menculik warga asing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Razlam berkata kesemuanya yang berusia 20 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di Shah Alam, Selangor hasil maklumat awam dan risikan. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terperdaya 'phone scam'
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun.

Wanita rugi RM280,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang eksekutif pembinaan di Bahau, Jempol, kerugian RM280,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.

Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.

Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai MCMC'.

Ibu hubungi sekolah sebelum serangan tembakan di Georgia
Ibu kepada suspek Colt Gray yang berusia 14 tahun, meminta kaunselor sekolah untuk segera mencari anaknya.

Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Lima lelaki Bangladesh ditahan disyaki culik rakan senegara
Polis menahan lima lelaki warga Bangladesh, semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lepas.

Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.

Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.