Semua warga Bumi Kenyalang yang pulang dari luar negara sehingga hujung bulan ini diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sepanjang tempoh itu juga, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali iaitu pada hari kedua dan hari ke-10 kuarantin.
“Kos penginapan kuarantin dan kos ujian COVID-19 akan dibayar oleh Kerajaan Sarawak.
“Manakala bagi bukan rakyat Sarawak yang balik dari luar negara dan masuk ke Sarawak, mereka akan membayar sendiri kos kuarantin dan kos ujian COVID-19 tersebut,” ujar Uggah pada sidang media harian COVID-19 di sini pada Selasa.
Ujar beliau lagi, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak juga telah membentangkan garis panduan bagi pusat hiburan berlesen yang ingin beroperasi dan mereka hendaklah mematuhi garis panduan dan SOP yang disediakan. Arahan itu berkuatkuasa mulai 20 Ogos 2020.
“Manakala bagi aktiviti indoor busking, hendaklah berpandukan SOP live event yang disediakan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan Sarawak dan arahan ini berkuatkuasa bermula 20 Ogos 2020,” tambahnya.
Sarawak hari ini melaporkan tiada penambahan kes positif COVID-19 menjadikan jumlah itu kekal sebanyak 682 kes setakat ini.
Selain itu, satu kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dilaporkan pulih dan dibenarkan didiscaj hari ini menjadikan jumlah kes pulih dan didiscaj negeri itu meningkat kepada 660 kes atau 96.77 peratus.
Astro Awani
Tue Aug 18 2020
Kata Uggah Kos penginapan kuarantin dan kos ujian COVID-19 akan dibayar oleh Kerajaan Sarawak. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Hadiah 'housewarming' yang anda juga ingin miliki!
Bagi artikel kali ini, kami ingin bawakan beberapa cadangan untuk anda pertimbangkan ketika menerima kod QR jemputan housewarming daripada rakan baik atau ahli keluarga terdekat.
Perkeso anjur IPEF 2021, bantu bangunkan semula sektor tenaga pekerja
IPEF 2021 bertemakan Reviving, Realigning & Rebuilding the Labour Market itu akan dianjurkan secara maya dengan menghimpunkan tiga program berbeza secara serentak bermula 6 hingga 9 September ini.
'Rejuvenate' kreativiti anda ketika hujung minggu!
Kami sarankan beberapa cadangan yang anda boleh dipertimbangkan untuk lakukan bersama pasangan pada hari ini dan esok. Hirup segelas latte dan teruskan membaca artikel ini.
McDonald's Malaysia semarak semangat kemerdekaan menerusi karnival pandu lalu
Pelbagai promosi menarik ditawarkan McDonald's Malaysia menerusi Karnival Pandu Lalu sepanjang bulan ini bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-64.
Lockdown: 5 cadangan hadiah hari jadi yang menggembirakan ketika pandemik
Mungkin kita tak boleh meraikan sambutan hari jadi ditempat-tempat yang 'memorable', namun rasa bersama itu boleh diterjemahkan dengan menggantikan penghantaran hadiah ke rumah.
Kekal sihat dan 'in shape' ketika pandemik
Kekal aktif dan cergas dengan senaman mudah ketika di rumah dalam tempoh pandemik. Pilih untuk sihat.
Remaja bawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta
Remaja berusia 17 tahun dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang menjadi jutawan termuda dengan membawa pulang simpanan tunai BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1 juta.
Definisi pro epik Samsung Galaxy S21 5G, S21 5G& S21 Ultra 5G
Legasi terbaharu Galaxy S21 kali ini terus menyediakan pengalaman peranti perdana yang premium dan menjadikan hari-hari anda lebih epik bersama ciri-ciri terbaik dimuatkan dalam siri ini!.
Pasca PKP 2.0, kuasakan perniagaan anda dengan Astro BUSINESS
Bagi membantu para peniaga dalam meningkatkan pengalaman pelanggan, Astro Business kini memperkenalkan pakej Astro untuk bisnes, Pek Flexi yang terbaik dan berbaloi!
Yayasan RHB terus komited taja pelajar keluarga B40
RHB Banking Group (RHB) menerusi Yayasan RHB terus komited menaja pelajar dalam kalangan keluarga B40 melalui program Biasiswa RHB X-Cel Star.