DIREKA seiring dengan perubahan gaya hidup terkini, model terbaharu Galaxy S21 dilancarkan Samsung baru-baru ini sarat dengan kemajuan inovasi yang mencipta momen dalam kehidupan anda.
Peranti kelas perdana yang hadir dalam tiga variasi berbeza Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G dan Galaxy S21 Ultra 5G ini debut bersama rekaan ikonik, epik gred pro kamera untuk pengguna pelbagai peringkat kemahiran serta prestasi pemprosesan paling termaju bagi siri Galaxy.
“Kita hidup dalam dunia mobil pertama dan ramai daripada kita bekerja secara non tradisional (remotely) serta meluangkan lebih banyak masa di rumah.
“Justeru itu, kami ingin membangunkan pengalaman peranti pintar yang memenuhi permintaan luas multimedia dan padan dengan perubahan rutin pengguna,” kata Presiden dan Ketua Komunikasi Perniagaan Samsung Electronics Co Ltd., TM Roh.
Lebih sedekad siri Galaxy S mempelopori penawaran pengalaman peranti perdana terbaik kepada pengguna, khusunya ketika ini rata-rata bergantung kepada telefon pintar mereka untuk tujuan ekspresi, kesambungan dan hiburan.
BACA: Samsung | Siri Galaxy S21 5G ungguli pasaran peranti pintar
Legasi terbaharu Galaxy S21 kali ini terus menyediakan pengalaman peranti perdana yang premium dan menjadikan hari-hari anda lebih epik bersama ciri-ciri terbaik dimuatkan dalam siri ini!.
Kamera memukau
Galaxy S21 Ultra 5G dilengkapi kamera berdefinisi tinggi dengan sensor 108 megapiksel (MP) yang mampu menghasilkan gambar berkualiti, jelas dan mengagumkan.
Ia mampu merakam 12 bit foto HDR dengan 64 kali lebih kuasa data warna dan tiga kali lebih julat dinamik yang luas.
Buat pertama kalinya dalam siri Galaxy, model Galaxy S21 Ultra 5G hadir dengan fungsi rakaman video 4K 60 bingkai sesaat (fps), bertindak untuk pelbagai sudut kamera sama ada ultra lebar, lebar, tele, atau hadapan.
Siri Galaxy S21 turut dikuasakan dengan ciri kecerdasan buatan (AI) pada kamera dibangunkannya. Menerusinya, pengguna mampu menghasilkan gambar potret setanding fotografi profesional di studio.
Ciri dengan fungsi AI Face Restoration, Face Retouch dan Selfie Color Tone mampu menghilangkan cela wajah selain tetap mengekalkan tona dan tekstur asal kulit. Ia menjadikan swafoto tampak semula jadi.
Pengguna pada masa sama turut boleh memanfaatkan fungsi Portrait Lighting Effect seperti semula jadi, mono dan latar belakang untuk hasil gambar lebih memukau.
Zum dan rakam gambar waktu malam dengan lebih jelas
Dalam pada itu, model ini turut dilengkapkan dengan sistem lensa dual zum bersama kelebihan 100 kali zoom serta teknologi fokus automatik laser AF dan dual piksel AF. Ia sekali gus membolehkan hasil zum yang lebih tepat serta jelas.
Bagi meminimumkan kesan kabur, peranti ini dikuasakan dengan teknologi zum resolusi super AI.
Kurang pencahayaan ketika mengambil gambar waktu malam, tidak perlu lagi bimbang kerana sensor pencahayaan malam pada kamera Galaxy S21 Ultra 5G membolehkan anda merakan gambar lebih jelas meskipun ketika keadaan gelap.
Ia malah turut disertakan dengan mod Advanced Night bersama ciri gabungan multi bingkai lebih pantas. Ia sekali gus membuatkan gambar malam anda lebih jelas selain kesan bintik (grain) minimum.
Rekaan kontur ikonik
Samsung tidak pernah mengecewakan apabila menyentuh berkaitan aspek rekaan, malah peranti dibangunkan kali ini dicipta dengan gaya ikonik dan moden.
Kemasan dengan sleek kontur pada bahagian kamera memberi kesan yang menarik selain ia kelihatan sepadan dengan bingkai peranti.
Malah jika dibandingkan dengan model N20 Ultra, bahagian kamera Samsung Galaxy S21 kelihatan 30 peratus kurang menonjol dan menjadikannya tampak lebih langsing.
Hadir dalam pelbagai varian pilihan, siri Galaxy S21 5G menawarkan enam warna berbeza iaitu Phantom Silver, hitam, jingga, kelabu, putih dan merah jambu.
Perincian terhadap aspek spesifikasi bagi model S21 Ultra 5G, peranti ini menggunakan paparan 6.8 inci edge QHD dipertingkatkan dengan paparan Dynamic AMOLED bersama resolusi 3,200x1,440.
Prestasi kelajuan mengagumkan dan ekosistem lengkap
Siri Galaxy S21 dilengkapi dengan pemproses rekaan 5 nanometer (nm) 64 bit Octa-Core dengan frekuensi kelajuan 2.9 gigahertz (Ghz) + 2.8Ghz + 2.2Ghz.
Model ini akan menggunakan operasi sistem Android 11 dengan sokongan jaringan 5G NSA dan Sub6.
Peranti ini turut direka untuk digunakan bersama peranti Galaxy yang lain termasuk SmartThings Find. Ia merupakan alat yang boleh membantu pengguna mengesan dan mencari peranti Galaxy dengan cepat dan mudah meskipun ketika diluar talian (offline).
Pengguna kini boleh mengesan peranti tidak berhubung (non-connected) dengan ciri baharu Galaxy SmartTag Bluetooth Tracker. Hanya gantungkan SmartTag pada kunci, beg mahupun pada kolar haiwan peliharaan anda dan boleh gunakan SmartThings Find untuk mengesan lokasi mereka.
Selain SmartThings Find, siri tersebut juga hadir dengan Galaxy Buds Pro sebagai pelengkap di dalam ekosistem Galaxy terbaharu.
Menghargai peminat Galaxy S21
Promosi In-Store Launch Gift
Bagi menghargai peminat Samsung khususnya dalam mendapatkan siri terbaharu Galaxy S21 termasuk Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G dan Galaxy S21 Ultra 5G, jenama tersebut kini mengadakan kempen promosi In-Store Launch Gift kepada pembeli.
Pengguna akan mendapat Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag dan Wireless Charger Trio dengan setiap pembelian siri Galaxy 5G daripada cawangan-cawangan yang terlibat.
Pelanggan boleh mendapatkannya di Samsung e-Store, pengendali telko termasuk Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, kedai perkakasan elektrik (Best Denki, Courts, Harvey Norman, Senheng, Urban Republic), semua cawangan Samsung Experience Store serta platform e-dagang Lazada dan Shopee.
Harga ditawarkan bagi siri Galaxy S21 5G bermula RM3,699 untuk Galaxy S21 5G (256GB), RM4,299 untuk Galaxy S21+ 5G (256GB), RM5,299 untuk Galaxy S21 Ultra 5G (256GB) dan RM5,899 untuk Galaxy S21 Ultra 5G (512GB).
Dengan segala kecanggihan spesifikasi disediakan, harga ditawarkan adalah sangat berbaloi!.
Sila layari laman web Samsung, https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s21-ultra-5g/ bagi maklumat lanjut dan membuat pembelian.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Haikal Raman
Fri Jan 29 2021
Hadir dalam tiga variasi berbeza S21 5G, S21 5G dan S21 Ultra 5G ini debut bersama rekaan ikonik, epik gred pro kamera serta prestasi pemprosesan paling termaju.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Samsung sahkan Galaxy Ring bakal tiba di Malaysia 22 Jan ini
Samsung menambah dua saiz cincin baharu (14-15) dan tiga warna baharu (hitam titanium, perak titanium, dan emas titanium).
Samsung mahu fokus pembangunan robot berbentuk manusia
Samsung merancang untuk mempercepatkan pembangunan robot pintar dengan menggabungkan kepakaran Rainbow Robotics dan teknologi AI mereka.
Apple, Samsung dilapor turut berminat ambil alih Intel
Apple dan Samsung berminat untuk mengambilalih Intel kerana kemampuan syarikat tersebut dalam mengilangkan cip pemprosesan mereka sendiri.
Galaxy AI akan sokong 4 bahasa lagi hujung tahun ini
Galaxy AI Akan Menyokong 4 Bahasa Lagi Pada Hujung Tahun Ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas eksekutif Samsung ditahan, bocor teknologi pembuatan cip ke China
Dua bekas eksekutif Samsung telah ditahan oleh polis Korea Selatan kerana disyaki menjual rahsia teknologi pembuatan cip memori syarikat tersebut dan telah membuka sebuah kilang di China.
Samsung mula beri kemas kini One UI 6.1.1
Proses kemas kini dilakukan secara berperingkat dan pada ketika artikel ini ditulis, kemas kini sudah diterima pengguna di Korea Selatan.
Samsung dilapor berminat beli perniagaan peralatan komunikasi Nokia
Menurut Bloomberg, kedua-dua gergasi komunikasi ini sedang melakukan perbincangan dengan Samsung akan mengambil alih perniagaan tersebut daripada Nokia pada harga $10 bilion.
Apple dan Samsung terus dominasi senarai telefon pintar paling laris pada Q2 2024
Apple dilihat mengekalkan bilangan tempat dalam senarai dengan empat model iPhone yang tersenarai.
Samsung Galaxy Z Fold6, Flip6 serlah keupayaan terbaharu dan terunggul Galaxy AI
Kedua-dua telefon pintar terbaharu ini menyediakan lebih banyak peluang untuk memaksimakan keupayaan Galaxy AI untuk keunggulan komunikasi, produktiviti dan kreativiti.