SUKA atau tidak, penularan pandemik COVID-19 yang mula melanda negara pada awal tahun lalu telah menjejaskan banyak sektor di Malaysia khususnya sektor pelancongan serta industri berkaitan makanan dan minuman.

Bagaimanapun, melihat kepada pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan dalam membantu industri terjejas selain inisiatif dalam meningkatkan kuasa beli pengguna telah secara tidak langsung merangsang ekonomi domestik.

Sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tamat, kita dapat melihat ramai rakyat Malaysia meluangkan masa di luar rumah termasuk bersantai bersama rakan-rakan terutama sekali di kedai makan, kafe serta lokasi-lokasi tumpuan.

Justeru, pengusaha pusat peranginan, hotel-hotel, restoran dan industri berkaitan kini perlu bersedia dalam meningkatkan pengalaman hiburan kepada para pelanggan semasa memberi perkhidmatan anda.

Bagi membantu para peniaga dalam meningkatkan pengalaman pelanggan, Astro Business kini memperkenalkan pakej Astro untuk bisnes, Pek Flexi yang terbaik dan berbaloi!

Pek Flexi baharu daripada Astro kini dipertingkatkan bagi memberi fokus khusus kepada pengusaha perniagaan makanan dan minuman seperti restoran, kafe dan kedai makan mamak dengan penawaran lebih banyak pilihan saluran tanpa sebarang kos tambahan selain manfaat dan pelbagai keistimewaan.


Ini antara sebab mengapa bisnes anda perlu melanggan Pek Flexi Astro!:


Siaran secara langsung acara sukan terbaik kepada para pelanggan anda.


1. Rancangan eksklusif, siaran langsung sukan terbaik dan acara hiburan utama dalam paparan berdefinisi tinggi (HD) sepenuhnya.

Pastinya pengusaha perniagaan makanan dan minuman dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir di restoran anda bagi menonton rancangan eksklusif ditayangkan di Astro.

Ini kerana Astro mempunyai hak tayangan eksklusif secara langsung bagi acara sukan seperti Premier League selain acara sukan antarabangsa Olimpik.

Ini juga masanya untuk para pelanggan meluangkan masa bersama selain menjadi lokasi pengumpulan peminat-peminat bagi menonton acara yang dinanti-nantikan.

Manakala, untuk ruangan pejabat, Astro dapat menyalurkan maklumat terkini dan sahih kepada tetamu serta kaki tangan sekaligus menjadikan mereka peka terhadap isu semasa.

Semua saluran yang anda langgan kini dalam paparan berdefinisi tinggi sepenuhnya. Ia memberi pengalaman yang optimum kepada pelanggan anda dan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.

Selain HD, ia turut menawarkan liputan acara-acara eksklusif secara langsung.

Dapatkan perkembangan isu-isu semasa dengan pelbagai pilihan siaran berita dalam dan luar negara.


2. Tiada gangguan dan tenang menonton kandungan program tempatan serta antarabangsa yang 100% sah!

Tidak perlu risau, di Astro, semua program dalam saluran yang kami tayangkan adalah sah dan mendapat hak tayangan eksklusif bagi siaran umum kepada para pelanggan.

Nikmati sepenuhnya semua program dalam pek langganan.


3. Fleksibiliti dalam kombinasi saluran.

Dengan Pek Flexi baharu daripada Astro ini, anda akan mendapat fleksibiliti dalam memilih kombinasi saluran yang paling sesuai dengan perniagaan dan pelanggan anda.

Ia ditawarkan dalam tiga pek untuk dipilih termasuk, pek sukan standard, pek premium dan pek elit.


4. Percuma baucar Go Shop!

Anda akan menerima baucar Astro Go Shop yang akan dihantarkan kepada email yang anda sertakan ketika pendaftaran langganan.

Tebus pelbagai ganjaran ditawarkan di Go Shop mengikut pek yang anda langgan termasuk ganjaran terhebat **televisyen pintar 50” 4K LED 50PUT6004 kepada mereka yang melanggan pek kombo (pek standard dan pek Elit).

*nilai baucar adalah berbeza mengikut pek yang dilanggan
*tertakluk pada terma dan syarat


Pelbagai ganjaran dan manfaat yang ditawarkan dalam Pek Flexi daripada Astro.


Ini antara Pek Flexi yang Astro tawarkan:

Pek Sukan Standard: Terdapat sebanyak 24 saluran yang khusus untuk perniagaan dengan penonton berfokuskan pada sukan. Percuma baucar bernilai RM400 Go Shop.

Ditawarkan pada harga: RM359/bulan

*Pek Sukan Standard merupakan pek yang paling popular.

Pek Premium: Sejumlah 32 saluran yang seimbang dari acara yang bernilai serta kandungan yang hebat. Percuma baucar bernilai RM700 Go Shop.

Ditawarkan pada harga: RM599/bulan

Pek Elit: Keseluruhan 45 saluran tersedia bagi pek ini. Layan pelanggan anda dengan pilihan rancangan yang paling luas. Nikmati juga percuma baucar bernilai RM1,500 Go Shop.

Ditawarkan pada harga: RM1,159/bulan


Anda turut akan menikmati perkhidmatan Astro Multiroom yang membolehkan pelanggan menonton dua saluran berbeza di bilik yang berbeza pada waktu sama apabila melanggan Pek Premium dan Elit.

Bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan pakej menarik ini serta saluran-saluran Pek Flexi, anda boleh layari laman web Astro, Business.astro.com.my


*Artikel ini adalah kandungan berbayar