Apa yang kita boleh manfaatkan dalam tempoh dua hari ini, selain memanjakan diri di dalam tab mandi dengan bath bomb aromatik Chamomile… aktiviti kreatif adalah pilihan terbaik.
Kami sarankan beberapa cadangan yang anda boleh pertimbangkan untuk lakukan bersama pasangan pada hari ini dan esok. Hirup segelas coffee latte dan teruskan membaca artikel ini.
Hangatkan tubuh dengan baju sejuk dikait sendiri!
Temasya Olimpik baru-baru ini tidak hanya riuh dengan kemenangan besar pasukan dari China, malah turut tertumpu dengan penampilan para atlet dan gelagat mereka di Tokyo, Jepun.
Malah, trending dimedia sosial selepas pemenang pingat emas acara platform 10 meter seirama lelaki, Tom Daley mencuri perhatian lensa penonton.
Ia adalah apabila Daley dengan gaya selamba mengait ketika menonton acara papan anjal wanita pada temasya itu.
Kerja-kerja mengait tak sepatutnya dilihat sebagai uni gender atau dilabel feminin, sebaliknya ia adalah satu kemahiran individu secara umum. (Dapatkan peralatan mengait disini)
Seni lukisan cat, kanvas bernombor
Ramai sebenarnya yang suka melukis dan mewarna cat selain teringin beraksi kreatif serta menterjemahkan idea di atas kanvas. Bagaimanapun cita-cita terbantut disebabkan ‘tangan keras’.
Bagaimanapun jangan bimbang, dengan adanya lukisan bersama nombor pada kanvas… semua orang boleh menjadi ‘artis’. (Dapatkan kanvas bernombor disini)
Melestari sulaman, juga sebagai elemen dekorasi
Jika kita sebut berkaitan sulaman, tidak boleh menolak bahawa sulaman daripada provinsi Hunan, China merupakan antara yang paling teliti dan diangkat sebagai karya agung.
Produk sulaman tertua di China pada tarikh rekod adalah daripada Dinasti Shang yang turut melambangkan status sosial seseorang.
Selain melakukan aktiviti menyulam bersama pasangan anda, boleh la menguji minda dengan soalan trivia asal-usul sulaman… ada la juga substance ketika sembang bersama. (Dapatkan disini)
Tanah liat, kelembutan tangan kepada peralatan dapur
Perkara paling menyeronokkan dan memberi kepuasan sebenarnya adalah bermain dengan tanah liat atau clay. Ia seperti menzahirkan kreativiti anda kepada fizikal dengan tanpa had bentuk.
Mungkin seni tanah liat ini dilihat sedikit tradisional, tapi percayalah anda sebenarnya sangat cool jika menguasai kemahiran ini. (Praktis seni clay dengan set ini)
Paper making daripada kertas kitar semula… alam sekitar mampan
Kearah persekitaran mampan, kertas kitar semula boleh digunapakai menjadi sebagai jurnal atau drawing paper. Tidak susah pun dan prosesnya, malah sangat menyeronokkan.
Selain aktiviti hujung minggu bermanfaat, anda boleh meluangkan kualiti masa dengan pasangan serta mempraktikkan gaya hidup sejahtera serta mampan. (Dapatkan acuan kerja disini)
Jadikan hujung minggu anda sebagai hari yang paling membahagiakan dan remarkable untuk diingati. Stay home, stay safe!.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !