SAMA ada anda seorang yang fanatik terhadap fitness atau pergi ke gim hanya tujuan rutin kasual, perasaan kurang senang berkongsi peralatan, tambah-tambah lagi ketika musim pandemik ini, pastinya menganggu aktiviti dirancang.

Namun, sekiranya anda seorang yang benar-benar merasakan kekal aktif itu penting (hint: sebenarnya anda perlu merasakan ia penting!), pastinya akan tetap mencari jalan bagaimana untuk meneruskan aktiviti kecergasan meskipun perlu kekal di rumah.

Paling tidak pun dapat merembeskan peluh dalam tempoh sejam bersenam sebelum mandi dan memulakan mesyuarat pagi secara dalam talian dengan rakan sepejabat mahupun klien.

Mungkin ada yang membaca artikel ini juga masih berada dalam fasa ‘mencari’ sumber inspirasi dan tiada idea untuk memulakan kehidupan aktif, namun jangan risau anda mungkin boleh pertimbangkan cadangan rutin indoor ini:


Regangan yoga

Ya, mungkin ada yang masih menganggap yoga adalah rutin wanita dan prejudis ia merupakan gerakan feminin… come on sudah tahun 2021 sekarang, yoga adalah unisex!

Sekiranya anda baru pertama kali ingin mencuba yoga, ketahuilah ia begitu baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Manfaat yoga? kami akan kongsikan dan mungkin abang-abang bertubuh sasa juga bakal beraksi yoga di atas gym mat selepas ini.

Yoga mampu mengawal nafsu makan, mengatasi sindrom carpal tunnel (akibat adanya saraf tangan yang tertekan), ketidakseimbangan hormon serta sebagai terapi radang sendi.

Disebabkan gerakan yoga bersifat elestik, pastinya anda memerlukan outfit yang sesuai untuk melakukannya. Kami cadangkan Nike Yoga high-waisted crop Gingham legging dengan status material lestari (sustainable material).

Seluar yoga ini hadir dengan corak gingham yang diperbuat daripada 75 peratus fiber polister kitar semula.

Spesifikasi:
1. Teknologi Nike Dri-FIT
2. Jenis fabrik: 90 peratus polister, 10 peratus elastan
3. Diperbuat daripada 75 peratus fiber polister kitar semula


Naik turun tangga!

Kajian menerusi jurnal The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015) menunjukkan menaiki tangga mampu menguatkan otot berikutan gerakan secara vertikal dan horizontal yang dilakukan selain dilihat ia dapat menjaga keseimbangan badan.

Bagaimanapun adalah amat penting untuk kita menjaga keselesaan kaki ketika melakukan senaman ini.

Ini bagi memastikan kesan yang lebih efektif dan mengelakkan kita beralih fokus terhadap kesakitan pada bahagian kaki.

Kami sarankan anda menggunakan koleksi Nike Free Metcon 4 dengan kombinasi fleksibiliti dan keseimbangan.

 Kombinasi elemen fleksibiliti dan keseimbangan membantu melancarkan aktiviti kecergasan anda.

Spesifikasi:
1. Teknologi Nike Free pada bahagian hadapan kasut dicipta bagi fleksibiliti
2. Rekaan jaring bagi tujuan ruang udara (breathable mesh)


Plank: Perbaiki postur tubuh dan membakar kalori

Sekiranya anda terpaksa kekal berada di dalam rumah dan mungkin kurang jaga posisi tubuh ketika bekerja dari rumah, senaman plank tidak hanya hanya membakar kalori malah mampu memperbaiki postur badan.

Mungkin ramai yang menganggap gerakan plank agak minimal dan tidak mengeluarkan peluh, sebenarnya adalah disebaliknya.

Plank banyak melibatkan bahagian atas tubuh dan memakai outfit yang sesuai penting bagi memastikan keselesaan.

Nike Yoga Pointelle mampu membantu anda mengekalkan fokus dan memberi keselesaan bersama rekaan fabrik serap peluh.

 Fabrik serap peluh memberi keselesaan dan mengekalkan fokus ketika bersenam.

Spesifikasi:
1. Teknologi Nike Dri-FIT
2. Jenis fabrik: 80 peratus polister, 20 peratus Iyocell
3. Kuasa serapan peluh dan pengudaraan (breathable)


Jom lompat tali (skipping)!

Latihan intensif hanya di gim? Siapa kata? Anda boleh teruskan bawa rutin tersebut dan aplikasikannya di rumah dengan intensif skipping.

Skipping antara lain mampu meningkatkan stamina anda dan paling penting ia adalah senaman yang menyeronokkan.

Namun, pastikan anda lengkap dengan outfit yang sesuai khususnya pada bahagian kaki kerana banyak pergerakan melibatkannya.

Dapatkan Nike Everyday Plus Cushioned Tie-Dye Crew, tampil trendy namun tidak mengetepikan kepentingan nilai keselesaan.

 Rekaan dengan elemen kusyen memberi keselesaan dan perlindungan pada bahagian kaki anda.

Spesifikasi:
1. Fabrik Dri-FIT
2. Direka dengan keselesaan kusyen pada beberapa bahagian stokin
3. Jenis fabrik: 67 peratus kapas, 30 peratus polister, dua peritus nilon dan satu peratus elastin.

Apa-apa pun terus kekal cergas meskipun berada di rumah.

Pilih untuk sihat.



Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.