KUALA LUMPUR:RHB Banking Group (RHB) menerusi Yayasan RHB terus komited menaja pelajar dalam kalangan keluarga B40 melalui program Biasiswa RHB X-Cel Star.
Pengarah Urusan Kumpulan RHB yang juga Pengerusi Yayasan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM4.2 juta bagi program berkenaan dalam menaja seramai 60 pelajar untuk tempoh lima tahun sehingga 2030.
Menurut beliau, program biasiswa RHB itu direka untuk mengembangkan pelajar berprestasi tinggi daripada latar belakang keluarga B40 bagi menjadi pemimpin masa depan.
“Kami komited memastikan remaja daripada latar belakang keluarga kurang bernasib baik ini dapat merealisasikan potensi mereka.
“Ia selain itu turut memberi peluang kepada para pelajar daripada golongan ini untuk mencapai masa depan lebih cemerlang dan dapat membantu meningkatkan status ekonomi keluarga,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Biasiswa RHB X-Cel Star secara maya baru-baru ini.
Tajaan bagi 60 pelajar di bawah Program Kecemerlangan Akademik RHB X-Cel itu akan membabitkan perbelanjaan pendidikan sepanjang tempoh pengajian Prasiswazah.
Pada tahun ini sejumlah 11 orang pelajar baharu yang membentuk kumpulan kedua bagi program Biasiswa RHB X-Cel Star.
Khairussaleh berkata, program tajaan ini turut menyediakan pemegang biasiswa, sesi pembinaan keupayaan secara holistik dan berstruktur seperti kursus bahasa inggeris, pembangunan kemahiran insaniah, kepimpinan serta program mentor-mentee.
“Seramai 10 pelajar daripada kumpulan pertama penerima Biasiswa RHB X-Cel Star pada tahun lalu berjaya menamatkan pengajian asasi atau matrikulasi dengan skor Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) lebih 3.0, yang mana lapan daripadanya memperoleh PNGK 3.5 dan ke atas dan seorang memperoleh PNGK 4.0.
“Biasiswa kami tidak tertumpu pada bidang kewangan semata-mata, malah pelajar terpilih adalah terbabit dalam sains, kejuruteraan mekanikal, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI),” ujarnya.
Dalam pada itu, pemegang Biasiswa RHB X-Cel Star, M Ruban Murugan melihat tajaan yang diterima tersebut dapat membantu mengurangkan beban keluarganya.
“Kini saya dapat melanjutkan dalam Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains dan Fizik. Saya mahu memberi impak kepada masyarakat, dalam masa sama peluang pelajaran peringkat tinggi ini dapat merealisasikan impian sebagai Pegawai Perhubungan Kemanusiaan,” katanya.
Nur Syafiqah Elias yang juga pemegang biasiswa RHB turut melahirkan rasa syukur apabila terpilih menerima tajaan pendidikan RHB X-Cel.
“Sebelum ini, agak sukar untuk saya mengulangkaji pelajaran di rumah berikutan komitmen kepada keluarga selain tidak mampu untuk pergi ke kelas tuisyen, namun Program Kecemerlangan Akademi RHB X-Cel banyak membantu meningkatkan gred pelajaran saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, penerima biasiswa RHB yang kini sedang melanjutkan pendidikan diperingkat asasi di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Toh Li Mei berkata, RHB X-Cel menyediakan peluang akademi, asas dan kemahiran yang diperlukan.
“Peluang akademik serta asas dan kemahiran insani ini dapat menjadi persediaan dalam melengkapkan pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Kreatif dan Digital. Ia membantu untuk mencipta masa depan lebih baik kepada saya dan keluarga,” jelasnya.
Haikal Raman
Fri Dec 04 2020
RHB menerusi Yayasan RHB komited menaja pelajar dalam kalangan keluarga B40 melalui program Biasiswa RHB X-Cel Star. - Gambar fail/Astro AWANI
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kilang peluru automasi tinggi buatan tempatan beroperasi Mac ini
Sultan Pahang, AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kilang peluru automasi tinggi pertama dalam negara milik Ketech Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lipis, Pahang, pada Khamis.
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
Yayasan RHB terus komited taja pelajar keluarga B40
RHB Banking Group (RHB) menerusi Yayasan RHB terus komited menaja pelajar dalam kalangan keluarga B40 melalui program Biasiswa RHB X-Cel Star.