KEPALA BATAS:Lelaki warga Pakistan yang dipukul selepas didakwa mengganggu seorang remaja perempuan di Taman Seri Indah, Kepala Batas pada Jumaat lalu membuat laporan polis semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, lelaki berusia 24 tahun itu membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul dua lelaki selain suspek bertindak meminta wang daripadanya.
Noorzainy berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, lelaki itu mendakwa telah didatangi oleh seorang lelaki selepas selesai menjual aiskrim kepada seorang kanak-kanak di hadapan sebuah rumah.
“Menurut mangsa, lelaki itu telah memberhentikan kereta dan meminta wang daripadanya sebelum menampar dan menendang motosikal mangsa selepas dia memberitahu tidak mempunyai wang.
“Suspek juga dikatakan meminta telefon bimbit mangsa dan telah bertindak memukul mangsa beberapa kali menggunakan sebatang kayu," kata Noorzainy dalam kenyataan pada Ahad.
BACA: Penjual aiskrim warga Pakistan dipukul cuba cium remaja perempuan
Tambah Noorzainy, suspek juga bertindak menghubungi seorang rakannya sebelum lelaki itu turut memukul dan menendang mangsa beberapa kali.
Noorzainy berkata, orang awam yang menyedari kejadian itu telah menegur perbuatan suspek dan menasihatkan mereka membuat laporan polis.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit dibahagian kepala, lebam dan calar di beberapa bahagian badan dan dihantar ke Hospital Kepala Batas, untuk menerima rawatan.
Menurut Noorzainy, hasil soal siasat, lelaki Pakistan itu mendakwa pertama kali pergi berniaga aiskrim di kawasan itu pada Jumaat lalu dan tidak pernah pergi ke kawasan tersebut sebelum ini.
Pada Sabtu, media melaporkan seorang peniaga aiskrim warga Pakistan ditahan polis selepas didakwa mengganggu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika berniaga di kawasan itu pada Khamis lalu.
Lelaki itu didakwa memegang bahu mangsa dan memegang tangannya sebelum mahu mencium remaja itu ketika dia bersama adiknya membeli aiskrim di hadapan rumah.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Oct 18 2020
![Warga Pakistan buat laporan polis dakwa dipukul Warga Pakistan buat laporan polis dakwa dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602934499_moto.jpg)
Gambar tular lelaki warga Pakistan yang menerima 'nasib' apabila dikatakan cuba mencium seorang perempuan bawah umur semasa menjual aiskrim di sebuah taman perumahan di Kepala Batas. - Media sosial
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pemuda diliwat ketika minta kerja, lelaki Pakistan direman Pemuda diliwat ketika minta kerja, lelaki Pakistan direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723009770_kesliwat.jpg)
Pemuda diliwat ketika minta kerja, lelaki Pakistan direman
Pemuda diliwat ketika minta kerja, warga Pakistan direman
![Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun, 5 sebatan rogol budak dilacur bapa Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun, 5 sebatan rogol budak dilacur bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713241051_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun, 5 sebatan rogol budak dilacur bapa
Seorang lelaki warga Pakistan kekal dihukum penjara 12 tahun berhubung kes merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, yang dilacurkan bapanya.
![Pembantu kedai ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan Pembantu kedai ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Pembantu kedai ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan
Polis memberkas seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan, pada Isnin.
![Warga Pakistan buat laporan polis dakwa dipukul Warga Pakistan buat laporan polis dakwa dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602934499_moto.jpg)
Warga Pakistan buat laporan polis dakwa dipukul
Dua lelaki dikatakan meminta telefon bimbitnya dan telah bertindak memukul mangsa beberapa kali menggunakan sebatang kayu.
![Polis nafi kes rogol yang viral di WhatsApp Polis nafi kes rogol yang viral di WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81554370708_ROGOL.jpg)
Polis nafi kes rogol yang viral di WhatsApp
Polis menafikan dakwaan ada seorang wanita Sandakan dirogol oleh seorang lelaki warga Pakistan yang tular di WhatsApp sejak semalam.