KUCHING: Biarpun terpaksa berkerusi roda dan menempuh perjalanan menggunakan bot menelusuri muara sungai, Najah Ahmad, 82, menggagahkan diri untuk hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan (KK) Kampung Telaga Air, kira-kira 40 km dari sini hari ini.
Warga emas dari Kampung Sibu Laut di kawasan pesisiran daerah Kuching itu menyedari pentingnya untuk menerima vaksin COVID-19 walaupun dalam usia emasnya bagi melindungi diri dan orang di sekelilingnya.
"(Saya ambil vaksin) untuk menjaga (kesihatan) diri, keluarga dan orang ramai. Bersyukur jugalah sudah dapat (suntikan vaksin) hari ini," katanya yang kelihatan tenang semasa menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.
Najah yang mesra dipanggil nenek itu adalah antara 14 penduduk Kampung Sibu Laut yang menunggu bot sejak awal pagi di jeti kampung itu untuk dibawa ke PPV di Kampung Telaga Air yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan menelusuri Sungai Sibu.
Ketua Kampung Sibu Laut Senep Yassin, 53, berkata walaupun akses dari kampungnya ke PPV KK Telaga Air hanya mempunyai satu jalan iaitu laluan air, namun ia tidak menghalang mereka untuk menerima suntikan kerana menyedari kepentingan divaksin.
"Walaupun kami menghadapi kesukaran seperti yang terjadi kepada Najah kerana keuzuran dan berkerusi roda serta perlu diangkat untuk menaiki bot, tetapi saya tetap meminta mereka menunaikan tanggungjawab (menerima vaksin). Kami tidak boleh terlepas untuk suntikan vaksin," katanya kepada Bernama.
Ketika ini, terdapat seramai 120 penduduk menetap di Kampung Sibu Laut yang merupakan kampung tradisi kaum Melayu yang telah wujud sejak 1820-an dan hampir 60 orang sudah pun mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Selain Kampung Sibu Laut, terdapat 15 kampung lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang diletakkan di bawah PPV KK Telaga Air dengan Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching memperuntukkan sebanyak 360 hingga 400 dos vaksin seminggu.
Ketua Kampung Telaga Air Zaini Tanggek, 55, berkata PPV KK Telaga Air mula beroperasi pada 15 Jun lepas dan lebih 500 orang dari 16 kampung telah menerima vaksin dos pertama sejak ia dibuka.
"Memanglah jumlah vaksin yang diterima ini tidak mencukupi tetapi kami amat menghargai usaha yang dilakukan oleh Ahli DUN Pantai Damai (Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi) yang mengambil inisiatif membuka PPV di kampung ini untuk memudahkan penduduk menerima vaksin dan tidak perlu lagi mengharungi perjalanan yang jauh untuk ke PPV lain yang terletak di bandar raya Kuching," katanya.
Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang turut membuat lawatan di PPV berkenaan berkata selain PPV KK Telaga Air, terdapat dua lagi PPV di dalam kawasan DUN Pantai Damai iaitu di KK Kampung Buntal dan KK Santubong selain PPV sementara di Darul Hana.
Beliau berkata DUN Pantai Damai mempunyai 24,000 orang yang layak menerima vaksin dan mengikut anggarannya, hampir 10,000 penduduk di kawasannya sudah pun menerima suntikan dos pertama vaksin.
"Sehingga minggu ini saya anggarkan hampir 3,300 sudah menerima suntikan pertama vaksin di tiga PPV tersebut, dicampur dengan pusat vaksin sementara di Darul Hana seramai 800 orang dan termasuk mereka yang sudah mendapat vaksin di PPV lain seperti di Stadium Perpaduan dan KK Petrajaya, jadi anggarannya hampir 10,000," katanya.
Beliau menyifatkan perkembangan vaksinasi di kawasannya itu satu petanda yang baik dalam usaha membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Najah Ahmad dari Kampung Sibu Laut, sebuah pulau berhampiran Kampung Telaga Air, dibawa ke pusat pemberian vaksin (PPV) Klinik Kesihatan (KK) Telaga Air menggunakan bot. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Ibu temui ajal ketika hantar anak ke hospital
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2 petang melibatkan lori Isuzu dengan kereta Perodua Axia.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.