Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas yang disyaki mencuri wang RM2,500 pada majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan direman empat hari hingga 20 Februari untuk membantu siasatan.
- Seorang lelaki warga emas, dipercayai rakan wanita tersebut, turut direman untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
- Kedua-dua suspek ditahan ketika menaiki teksi di Kota Bharu, dan video CCTV menunjukkan wanita tersebut menyamar sebagai tetamu di majlis perkahwinan sebelum melarikan wang tunai.
Perintah reman hingga 20 Feb terhadap wanita berusia 61 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Semalam, polis menahan kedua-dua suspek tersebut ketika mereka bersama menaiki sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu pada 5.04 petang.
Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 38 saat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan seorang wanita menyamar sebagai tetamu menumpang menggunakan tandas di sebuah rumah ketika majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan pada 1 Feb lepas, sebelum melarikan wang tunai RM2,500 milik pengadu berusia 59 tahun.
-- BERNAMA
