PUTRAJAYA: Tindakan warga asing yang kerap melakukan perjalanan keluar dan masuk semula ke Malaysia selepas pas lawatan sosial (PSL) mereka tamat atau dikenali sebagai u-turn, telah menimbulkan syak hingga terbongkar kegiatan penipuan pelaburan dalam talian yang didalangi warga Britain di negara ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata hasil risikan pasukan task force yang diwujudkan oleh pihaknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya menumpaskan sindiket berkenaan dengan menahan 33 individu termasuk seorang warga Britain yang merupakan dalang utama sindiket berkenaan.
Mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen dan pegawai SPRM di 24 premis dan tiga pusat panggilan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dalam operasi 'Ops Tropicana' pada Selasa.
Khairul Dzaimee berkata Imigresen menahan 23 daripada jumlah keseluruhan 30 warga asing yang terlibat antaranya 10 dari Indonesia, tujuh dari Britain dan masing-masing seorang dari Denmark, Kanada, Hungry, Sweden, Filipina dan India untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1956/63 dan Akta Pasport 1966.
Menurutnya, 10 lagi individu termasuk tiga rakyat tempatan dan dalang kes tersebut ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.
Dalam sidang media bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berhubung kejayaan menumpaskan sindiket penipuan menerusi Ops Tropicana berkenaan di sini hari ini, Khairul Dzaimee berkata perjalanan u-turn anggota sindiket berkenaan mula dikesan sekitar bulan November tahun lepas.
"Anggota sindiket didapati tinggal di negara ini sehingga tempoh maksimum PLS yang diberikan, kemudian melakukan u-turn dengan kerap kali sehingga menimbulkan syak dalam kalangan pegawai di pintu masuk khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya.
Beliau berkata anggota sindiket berkenaan mula dipantau apabila mereka tidak termasuk dalam senarai pelawat asing yang kerap melakukan u-turn sepertimana pelawat asing dari negara jiran oleh task force berkenaan, katanya.
Khairul Dzaimee berkata semakan mendapati warga asing berkenaan mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan, sosial media dan teknologi maklumat manakala warga tempatan berperanan menyediakan premis dan perkhidmatan keselamatan kepada sindiket berkenaan.
"Pemerhatian serta pengumpulan maklumat secara intensif berjalan selama tiga bulan. Pasukan kena berhati-hati kerana premis operasi sindiket ini dikawal dan dilengkapi CCTV (kamera litar tertutup) selain terdapat juga premis yang dipasang pagar elektrik," katanya.
Sementara itu, Azam tidak menolak penglibatan agensi penguat kuasa tempatan yang bertindak melindungi kegiatan sindiket penipuan itu.
"Kami percaya ada agensi penguat kuasa disogok berdasarkan keterangan dan tidak menolak kemungkinan pihak berkuasa tersebut terlibat melindungi aktiviti mereka," katanya.
Menurutnya, kerjasama dengan pihak National Crime Agency juga mendapati warga asing yang ditahan mempunyai rekod jenayah berkaitan penipuan dan disenarai sebagai Orang Yang Dikehendaki.
Menurut laporan media, sindiket berkenaan dipercayai telah menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan United Kingdom dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan tidak wujud dan telah berjaya mengaut keuntungan kira-kira RM200 juta serta dipercayai telah beroperasi di negara ini sejak 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023

Khairul Dzaimee (kanan) berkata hasil risikan pasukan task force yang diwujudkan oleh pihaknya bersama SPRM telah berjaya menumpaskan sindiket berkenaan. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap

Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.

KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.

18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.