KOTA KINABALU: Wanita yang merupakan individu dalam pemantauan (PUI) COVID-19 yang cuba melarikan diri sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau di Hospital Keningau merupakan seorang pesakit mental.
Menurut Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, wanita itu dimasukkan ke Hospital Keningau selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit COVID-19 yang sedang dikuarantin.
Tambah Dr Rose Nani, disebabkan bertindak agresif di rumah ketika menjalani kuarantin, wanita tersebut telah dimasukkan ke wad di hospital berkenaan sekitar jam 2.30 pagi.
"Pesakit dimasukkan dan menerima rawatan ke wad PUI di Tingkat 4 hospital itu.
"Semua tingkap di di wad telah dipasang skru dan hanya dapat dibuka setakat 30 darjah sahaja," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
BACA: Wanita PUI COVID-19 diselamatkan bomba selepas terperangkap ketika cuba larikan diri
Bagaimanapun jelas Dr Rose Nani, jururawat yang membuat rondaan pada pukul 6.30 pagi Ahad menyedari wanita berusia 24 tahun itu tidak berada di dalam bilik, sebaliknya berada di luar tingkap.
"Kemungkinan pesakit menyusup keluar melalui tingkap yang dibuka sempit. Semua agensi diaktifkan dengan serta-merta dan pesakit selamat dibawa masuk ke dalam wad," katanya.
Tambah beliau, keputusan saringan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) yang dilakukan ke atas wanita tersebut adalah negatif, namun masih dikategorikan sebagai PUI.
Sementara itu, Dr Rose turut memaklumkan tindakan penambahbaikan yang mana pihak hospital akan memastikan semua pesakit yang mempunyai sejarah penyakit mental dan memerlukan isolasi akibat COVID-19, akan dimasukkan ke wad psikiatri dan bukannya wad biasa.
Eleanor Michelle Patrick
Sun Oct 03 2021

Tambah Dr Rose Nani, disebabkan bertindak agresif di rumah ketika menjalani kuarantin, wanita tersebut telah dimasukkan ke wad di hospital berkenaan sekitar jam 2.30 pagi. - Ihsan JBPM Sabah.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Kelesuan Haba: Kes di Sabah meningkat kepada empat
Masalah kesihatan akibat cuaca panas yang direkodkan di Sabah meningkat kepada empat kes sejak 15 April lalu.

85 kes acute gastroenteritis dilaporkan di Tawau
Sebanyak 85 kes Acute Gastroenteritis (AGE) dilaporkan berlaku di Mukim Sri Tanjong dalam tempoh enam hari sehingga 1 Okt lepas.

Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada keluarga pesakit berhubung insiden pesakit diberi ubat yang salah oleh pegawai perubatan semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Feld

Klinik bergerak bantu beri perkhidmatan selepas Klinik Kesihatan Mansiat terbakar
Sebuah pasukan klinik bergerak ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang terkesan akibat kejadian kebakaran Klinik Kesihatan Mansiat di Jalan Tulid, Sook, lewat petang se

Sangat rendah! Hanya dua individu terima dos penggalak kedua di Sabah sejak dilancar 22 April lalu
Data JKNS memaklumkan hanya dua individu sudah menerima dos penggalak kedua di seluruh Sabah sejak dimulakan 22 April lalu.

Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik
Pada masa ini, syarikat konsesi, Sedafiat masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

COVID-19: Hampir separuh kes kematian di Sabah babitkan individu tidak pernah divaksin
Sebanyak 48.4 peratus kes kematian akibat COVID-19 membabitkan individu yang tidak pernah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Peningkatan kes positif di Sabah dijangka berterusan sehingga sebulan - Pengarah JKNS
Peningkatan kes positif COVID-19 termasuk di Sabah dijangka akan berterusan sehingga tempoh satu bulan bermula daripada tarikh awal negara melaporkan trend peningkatan bermula penghujung Januari lalu.

Wanita PUI COVID-19 cuba larikan diri dari Hospital Keningau adalah pesakit mental
Wanita yang merupakan individu dalam pemantauan (PUI) COVID-19 yang cuba melarikan diri sebelum diselamatkan JBPM di Hospital Keningau merupakan seorang pesakit mental.