KUALA LUMPUR: Peningkatan kes positif COVID-19 di Malaysia termasuk di Sabah dijangka akan berterusan sehingga tempoh satu bulan bermula daripada tarikh awal negara melaporkan trend peningkatan bermula penghujung Januari lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, ia berdasarkan penilaian epidiomiologi dan trend peningkatan kes yang berlaku secara global.
‘’Kalau kita menganalisa epidimiologi ataupun trend kes-kes yang berlaku di Eropah, Amerika Syarikat atau di Asia Tenggara dan negara-negara Pasifik Barat, selalunya peningkatan ni berlaku satu bulan contohnya di wilayah-wilayah lain mereka mengalami peningkatan seawal 20 Disember 2021 dan peningkatan tersebut berkurang selepas 20 Januari 2022.
‘’Untuk di Malaysia sebab kita mengalami peningkatan ini mungkin bermula pada akhir Januari jadi kemungkinan kita akan mengalami perkara yang sama iaitu peningkatan ni berlaku dalam masa sebulan,’’ katanya ketika dihubungi Astro AWANI secara langsung menerusi slot AWANI Borneo pada Sabtu.
Bagaimanapun ujarnya, pengurangan angka kes positif ini masih bergantung kepada tahap kepatuhan semua pihak terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Ini termasuk mengelakkan diri daripada berhimpun di kawasan tumpuan umum dan acara keramaian seperti kenduri kahwin.
Selain itu, ketika ditanya mengenai peningkatan kes positif yang mendadak di Sabah, Dr Rose Nani berkata, vaksinasi adalah langkah yang perlu dilakukan sebagai perlindungan kepada penularan virus tersebut.
Beliau antara lain juga menggesa ibu bapa di Sabah untuk memainkan peranan dengan membawa anak mereka untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
‘’Kita telah membuka semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk vaksinasi bagi kanak-kanak dan setakat ini baru 1300 lebih kanak-kanak yang divaksinasi di Sabah. Ini juga mungkin kurang mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa dan juga rakyat Sabah.
‘’Jadi saya berharap mereka akan mempertimbangkan perkara ini anak-anak akan ke sekolah dan pencegahan kepada virus ini adalah dengan mematuhi SOP.
‘’Namun kadar kepatuhan SOP dalam kalangan mereka mungkin agak kurang sekitar 60-70 peratus, jadi vaksinasi adalah satu pencegahan yang baik untuk mereka,’’ tambahnya.
Pada Sabtu, Sabah mencatatkan 4,107 kes dengan 99.66 peratus atau 4,093 kes merupakan kategori satu dan dua, manakala 14 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
Astro Awani
Sat Feb 12 2022

Bagaimanapun ujarnya, pengurangan angka kes positif ini masih bergantung kepada tahap kepatuhan semua pihak terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. FOTO: BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kalau tidak patuh SOP, Malaysia berisiko hadapi 'tsunami' COVID-19 seperti India - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini menjadi benteng terakhir dalam mengekang pandemik COVID-19.