KOTA KINABALU: Sebuah pasukan klinik bergerak ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang terkesan akibat kejadian kebakaran Klinik Kesihatan Mansiat di Jalan Tulid, Sook, lewat petang semalam.
Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata fasiliti lain juga akan dikenal pasti bagi tujuan itu, seperti dewan masyarakat untuk dijadikan sebagai fasiliti alternatif untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.
Beliau berkata selain itu penduduk terlibat terutama di kawasan Mansiat juga boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan terdekat iaitu Klinik Kesihatan Tulid terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Sook.
"Semua perkhidmatan (kesihatan) akan dipindahkan ke fasiliti itu (Klinik Kesihatan Tulid)," katanya dalam kenyataan kenyataan hari ini.
Mengulas kejadian petang semalam, Dr Rose Nani berkata seluruh bangunan klinik berstruktur kayu dan aset dalam fasiliti klinik itu termasuk sebuah ambulans musnah sepenuhnya, namun lima unit kuarters staf terletak kira-kira 50 meter dari klinik itu tidak terjejas.
Semalam, Klinik Kesihatan Mansiat yang terletak kira-kira 40 kilometer dari pekan Keningau dan memberi khidmat kepada penduduk sejak 1970an, musnah dalam kebakaran dan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, manakala punca kejadian dan kerugian masih disiasat.
Sook merupakan sebuah daerah kecil di kawasan pedalaman Sabah yang terletak dalam daerah Keningau kira-kira 148 kilometer Tenggara dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Selain itu penduduk terlibat terutama di kawasan Mansiat juga boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan terdekat iaitu Klinik Kesihatan Tulid terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Sook.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.