LAHAD DATU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada keluarga pesakit berhubung insiden pesakit diberi ubat yang salah oleh pegawai perubatan semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Sahabat, dekat sini, baru-baru ini.
Pengarahnya, Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata berdasarkan siasatan, terdapat kelemahan komunikasi antara pegawai perubatan yang memberikan rawatan kepada pesakit berkenaan.
"Pegawai perubatan terbabit telah melihat buku rawatan yang dibawa oleh pesakit ke Klinik Kesihatan Felda Sahabat, di mana pesakit mempunyai rekod diberi ubat kencing manis.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengesyaki buku rawatan yang dibawa pesakit bercampur dengan buku rawatan isteri pesakit, ini menimbulkan kekeliruan kepada pegawai perubatan berkenaan yang meneruskan pemberian ubat kencing manis kepada pesakit.
"Mengikut rekod, pesakit sebenarnya mempunyai sejarah perubatan penyakit darah tinggi dan pembengkakan kalenjar prostat," katanya dalam kenyataan di sini.
Dr Rose Nani berkata sepatutnya pegawai perubatan memberikan penerangan kepada pesakit dan keluarga pesakit tentang status penyakit yang dihidapi serta jenis ubat yang diberikan.
"Sekiranya proses penerangan dilaksanakan sudah tentu kekeliruan dapat dielakkan," katanya lagi.
Justeru, katanya, pihaknya akan memastikan para pegawai perubatan yang bertugas di kawasan pedalaman di negeri itu agar mendapatkan latihan secara berkala berkaitan merawat pesakit termasuk komunikasi berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
![Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660988028_Vitamins.jpg)
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memohon maaf kepada keluarga pesakit berhubung insiden pesakit diberi ubat yang salah oleh pegawai perubatan semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Sahabat, baru-baru ini. - Gambar hiasan
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722205473_DrAsits.jpg)
Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa
Kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan, serta mengalami sawan pada Rabu sebelum dibawa ke hospital.
![KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712361455_tbKebakaranKlinikk.jpg)
KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran
Peruntukan itu juga termasuk bagi kerja-kerja pembaikan kecil Dewan Kampung Tangkarason yang bernilai RM50,000.
![Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660988028_Vitamins.jpg)
Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada keluarga pesakit berhubung insiden pesakit diberi ubat yang salah oleh pegawai perubatan semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Feld
![Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630601160_MasidiManjun.jpg)
Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.
![COVID-19: Peningkatan kes di Sabah disebabkan pengesanan kontak rapat - Masidi COVID-19: Peningkatan kes di Sabah disebabkan pengesanan kontak rapat - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626360754_SaringanCovid.jpg)
COVID-19: Peningkatan kes di Sabah disebabkan pengesanan kontak rapat - Masidi
Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Sabah adalah berpunca daripada pengesanan kontak rapat yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
![Lima sekolah di Kota Kinabalu rekod kes positif COVID-19 Lima sekolah di Kota Kinabalu rekod kes positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614179034_MasidiManjun.jpg)
Lima sekolah di Kota Kinabalu rekod kes positif COVID-19
Sebanyak lima sekolah di Kota Kinabalu telah merekodkan kes positif COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
![Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610728403_MasidiManjun.jpg)
Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.
![COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607869402_pegawaikesihatan.jpg)
COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi
Kerajaan akan menimbang untuk menyekat sementara perjalanan dari atau ke Sabah jika kes jangkitan COVID-19 meningkat.
![Sabah rekod lebih 800 pesakit COVID-19 sembuh - Masidi Sabah rekod lebih 800 pesakit COVID-19 sembuh - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605281352_MasidiManjun.jpg)
Sabah rekod lebih 800 pesakit COVID-19 sembuh - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan seramai 833 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital semalam.
![Bilangan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka meningkat semula - Masidi Bilangan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka meningkat semula - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603360950_sabah.jpg)
Bilangan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka meningkat semula - Masidi
Sabah dijangka mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 lebih tinggi bermula esok, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun.