KOTA KINABALU:Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin serta akan mengambil tindakan jika terdapat bukti kakitangannya terlibat.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata JKNS bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu.
"Pihak PDRM tidak menolak kemungkinan bahan minuman keras tersebut dibawa sendiri atau dibantu oleh kakitangan yang bertugas.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memandang serius terhadap perkara ini dan jika terdapat bukti bahawa kakitangan jabatan turut terlibat, tindakan tatatertib boleh dikenakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A)395],” tegasnya.
Sementara itu, Masidi turut memaklumkan, Sabah masih merekodkan 22 zon merah di seluruh negeri, dengan pertambahan 432 kes positif COVID-19 pada Khamis.
Katanya, tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Tawau (75 kes), Kota Kinabalu (59 kes) dan diikuti Lahad Datu (48 kes).
Satu kes kematian turut dilaporkan di Kudat.
"Terdapat satu kluster baru, iaitu Kluster Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu, dengan dua kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes," katanya.
Beliau yang juga jurucakap COVID-19 turut mengumumkan penamatan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Timbang Dayang, Kota Belud, di mana kes terakhir yang direkodkan adalah pada 11 Januari lalu.
Ketika ditanya mengenai langkah Kerajaan Negeri dalam menghadapi COVID-19 dan banjir, Masidi berkata prosedur operasi standard (SOP) khas telah disediakan bagi pengurusan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ini termasuklah memastikan PPS menempatkan jumlah mangsa yang bersesuaian dengan penjarakan fizikal, menjalankan saringan asas, menyediakan buku pendaftaran, imbasan MySejahtera, pengasingan mangsa serta rawatan lanjut bagi mangsa yang bergejala oleh KKM.
Bercakap mengenai kemasukkan pelajar ke asrama, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengarahkan semua Pejabat Kesihatan Kawasan dan Pejabat Kesihatan Daerah dengan bantuan Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas pelajar- pelajar asrama bagi membendung kemungkinan penularan jangkitan berlaku di asrama sekolah.
Pengurusan PKRC yang terlibat telah memulakan pemeriksaan mengejut ke atas beg pesakit yang dibawa masuk ke PKRC bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.
Sabah pada hari ini mencatatkan penurunan dalam kadar pematuhan SOP, iaitu 93 peratus, berbanding 93.05 peratus yang dilaporkan semalam.
"Saya minta kepada semua rakyat Sabah, tolong patuhi SOP. Ini adalah benteng yang paling ampuh untuk mengelakkan daripada jangkitan," tambah beliau.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Jan 18 2021

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata JKNS bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu. - Gambar fail
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

JKNS, orang awam selamatkan wanita hamil semasa kejadian tanah runtuh di Tambunan
Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan jalan utama terputus, menghalang laluan ambulans dan kenderaan kecemasan ke lokasi kejadian.

Video tular dakwa warga emas tak dirawat, JKNS tampil beri penjelasan
Keluarga pesakit memilih untuk tidak meneruskan pendaftaran di JPL dan mendapatkan rawatan di fasiliti swasta.

Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa
Kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan, serta mengalami sawan pada Rabu sebelum dibawa ke hospital.

KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran
Peruntukan itu juga termasuk bagi kerja-kerja pembaikan kecil Dewan Kampung Tangkarason yang bernilai RM50,000.

Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada keluarga pesakit berhubung insiden pesakit diberi ubat yang salah oleh pegawai perubatan semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Feld

Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.

COVID-19: Peningkatan kes di Sabah disebabkan pengesanan kontak rapat - Masidi
Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Sabah adalah berpunca daripada pengesanan kontak rapat yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Lima sekolah di Kota Kinabalu rekod kes positif COVID-19
Sebanyak lima sekolah di Kota Kinabalu telah merekodkan kes positif COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi
Kerajaan akan menimbang untuk menyekat sementara perjalanan dari atau ke Sabah jika kes jangkitan COVID-19 meningkat.