KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan pada Khamis lepas di Sandakan, mempunyai sejarah makan makanan yang dibeli bapanya dua hari sebelum itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna berkata, kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam serta hilang selera makan, dan pada Rabu dia mengalami sawan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana kanak-kanak itu didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan.
"Kanak-kanak ini telah dimasukkan ke Wad Perubatan Pediatrik sebelum disahkan meninggal dunia. Maklumat awal yang diperoleh menyatakan ibu kanak-kanak itu juga ada makan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Berikutan itu, beliau berkata, ibu kanak-kanak tersebut telah diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan, Hospital Duchess of Kent di Sandakan.
Bagaimanapun, Dr Asits berkata, sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan dan punca kematian masih dalam siasatan, justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.
"Sampel makanan dan persekitaran telah diambil bagi tujuan menentusahkan punca kejadian," katanya.
Beliau berkata, keracunan makanan merupakan penyakit disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh bakteria atau toksin bakteria tersebut, virus, parasit, bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai, logam berat, serta tumbuhan beracun seperti cendawan dan hasil laut seperti kerang.
Beliau menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga antaranya makan makanan yang dimasak atau disediakan dalam tempoh tidak melebihi empat jam, menyimpan makanan pada suhu bersesuaian dan tidak melebihi tempoh ditetapkan serta sentiasa menjaga kebersihan.
"Mereka juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala keracunan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Dr Asits berkata, sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan dan punca kematian masih dalam siasatan, justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi. - Facebook Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.

34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.

22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.

Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran
Laporan berkaitan kejadian itu diterima oleh PKD Kota Bharu daripada klinik swasta dan hospital kerajaan yang merawat pesakit terbabit.

Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.

'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.

Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.

Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.

86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.

JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.