KOTA KINABALU: Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Sabah adalah berpunca daripada pengesanan kontak rapat yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peningkatan itu juga berlaku ekoran saringan yang dilakukan secara meluas.
Malah, beliau yang juga merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri menambah bahawa setakat ini, tiada kluster baharu yang melibatkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kebenaran dine-in di restoran.
"Kes yang tinggi juga berpunca daripada kemampuan JKNS mengesan kontak-kontak rapat dengan lebih berkesan dan membuat saringan yang lebih meluas.
"Virus sudah berada di komuniti jadi pengesanan kontak perlu diperluaskan kepada setiap orang yang disyaki kotak rapat dan menjalani saringan.
"Setakat ini belum ada kluster restoran atau yang dikenalpasti berpunca daripada kedai makan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Rabu.
Tambahnya, kerajaan negeri turut mengambil pendekatan baharu dalam menangani isu ini dengan mempertingkatkan lagi kadar imunisasi harian.
"JKNS sudah mampu memberi vaksinasi melebihi 30 ribu sehari dan ia akan dipertingkatkan kepada lebih 50 ribu dos sehari," katanya lagi.
Mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam mempertingkatkan lagi bekalan vaksin bagi negeri ini memandangkan negeri ini turut didiami warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI), Masidi berkata semua penduduk yang tinggal di negeri ini akan diberi vaksin, dengan keutamaan diberikan kepada warganegara dahulu.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Jul 28 2021

Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Sabah adalah berpunca daripada pengesanan kontak rapat yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). - Gambar hiasan/BERNAMA
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sabah laksana pelbagai inisiatif tangani masalah bekalan air - Shahelmey
Ia termasuk pembinaan projek LRA Kasigui bagi meningkatkan bekalan air di Putatan serta sebahagian kawasan selatan Kota Kinabalu.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.