Seorang wanita dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan lampin bayi murah ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Jawa, Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan suspek yang berusia 26 tahun itu adalah susulan daripada laporan orang awam yang menjadi mangsa penipuannya pada 16 Januari lepas.
Beliau berkata dengan penahanan wanita itu, ia dipercayai dapat menyelesaikan 16 kes penipuan yang melibatkan suspek itu menjual lampin bayi murah di laman sosial Facebook.
"Modus operandi suspek ialah akan mengiklankan barangan bayi seperti lampin bayi pada kadar harga yang murah menerusi akaun Facebook 'Dhia Alesya Sofea'," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kemudian, setelah pengguna maya berminat untuk membeli dan memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun yang diberikan, suspek akan memberi pelbagai alasan dan gagal dihubungi, tambah beliau.
Wan Ahmad Najmuddin berkata berikutan aduan yang dilakukan, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengesan dan menangkap suspek.
Beliau meminta agar orang awam yang pernah menjadi mangsa dan belum membuat laporan polis, tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Wan Ahmad Najmuddin menambah suspek akan dipohon reman hari ini dan orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan membuat semakan, sebelum berurusan secara dalam talian.
Bernama
Wed Feb 24 2016

Menurut polis, penahanan suspek yang berusia 26 tahun itu adalah susulan daripada laporan orang awam yang menjadi mangsa penipuannya pada 16 Januari lepas. -
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Lelaki didakwa pukul ibu guna tukul besi bebas tuduhan bunuh
ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata tukang gunting rambut berumur 33 tahun itu bagaimanapun ditahan semula atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Angkara dadah, tukang gunting bunuh ibu dengan tukul
Ujian saringan dijalankan mendapati suspek positif dadah selain memiliki dua rekod dadah dan satu rekod jenayah.

Banjir Hulu Langat: Trauma tahun lalu belum hilang, penduduk bimbang tragedi berulang
Kini penduduk sekitar daerah berkenaan diburu kebimbangan kemungkinan tragedi yang sama bakal berulang.

Pekerja kilang di Kampung Jawa diculik sekumpulan lelaki
Seorang pekerja kilang pengeluar penapis di Kampung Jawa di sini dilarikan sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di hadapan pintu masuk kilang itu hari ini.Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 pag

Abang dihukum gantung, bersalah bunuh adik sendiri
Berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian harta, seorang lelaki tergamak menetak adik kandungnya dengan parang sebanyak 33 kali sehingga maut dan perbuatannya itu mendapat pembalasan apabila Mah

Wanita disyaki tipu jual lampin murah ditahan
Seorang wanita dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan lampin bayi murah ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Jawa, Kota Tinggi, semalam.
Kematian di Pengereng tiada kaitan dengan Rapid
Kematian tiga sekeluarga di Kampung Jawa, Pengerang tidak ada kena-mengena dengan pemgambilan tanah bagi projek Rapid yang bernilai RM60 bilion.