SHAH ALAM: Seorang lelaki yang didakwa menyebabkan kematian ibunya dengan memukul mangsa menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi dalam kejadian di Kampung Jawa di sini pada 28 Februari lepas, dibebaskan daripada pertuduhan itu hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata tukang gunting rambut berumur 33 tahun itu bagaimanapun ditahan semula atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
"Sepertimana arahan mahkamah, suspek kes jenayah dibebaskan dan tidak dikenakan apa-apa pertuduhan kerana didapati punca kematian mangsa adalah akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata polis kini dalam proses untuk mendapatkan arahan pertuduhan bagi kesalahan penyalahgunaan dadah terhadap suspek.
Menurut Mohd Iqbal, ketika ditahan sebelum ini, suspek yang mempunyai rekod dadah dan jenayah juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dilakukan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Iqbal berkata tempoh tahanan reman terhadap seorang pemandu lori yang disyaki membunuh teman wanita dengan menolaknya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam pada 29 Feb lepas, disambung dua hari lagi bermula esok.
Beliau berkata kebenaran lanjutan tempoh reman suspek warga tempatan berumur 37 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret pagi tadi.
"Majistret Farah Rosnan membenarkan permohonan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, yang menurut saksi, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum wanita berkenaan ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

Mangsa yang juga ibu kandung suspek meninggal dunia dalam kejadian di Kampung Jawa pada 28 Februari lalu. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki didakwa pukul ibu guna tukul besi bebas tuduhan bunuh
ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata tukang gunting rambut berumur 33 tahun itu bagaimanapun ditahan semula atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Adik-beradik yatim piatu galas tanggungjawab ibu, ayah
Rutin harian remaja berusia 15 tahun ini bermula seawal 5.30 pagi dengan melakukan pelbagai kerja rumah dan menguruskan adik bongsunya yang masih kecil, sebelum ke sekolah.

Dua beradik ditahan bantu siasatan kematian ibu
Yah Wan Mat, 63, ditemui terbaring di ruang tamu selepas polis memecah masuk rumahnya pada kira-kira 3 petang Selasa, susulan aduan jiran.