Berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian harta, seorang lelaki tergamak menetak adik kandungnya dengan parang sebanyak 33 kali sehingga maut dan perbuatannya itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah.
M. Nageswaran, 41, didakwa membunuh Gunalan, 37, di rumah mangsa di Kampung Jawa di sini, kira-kira 5.30 petang, pada 5 Mei 2015 dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematiannya adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka tetak berganda.
Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Dalam penghakimannya, Zulkifli berkata setelah meneliti hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak dan keterangan dalam perbicaraan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.
"Dalam pembelaannya, tertuduh telah menuduh saksi ke-10 pendakwaan iaitu isteri mangsa V.Malliga, yang telah membunuh mangsa. Setelah mempertimbangkan semua aspek dalam keterangan saksi-saksi, mahkamah dapati keterangan pembelaan tertuduh juga bersifat afterthought (difikirkan semula) serta tidak wajar diterima oleh mahkamah.
Sehubungan itu hanya satu hukuman sahaja diperuntukkan di bawah seksyen ini (302 Kanun Keseksaan) iaitu tertuduh dihukum gantung sampai mati," katanya.
Tertuduh yang diwakili peguam S. Ravichandran turut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini iaitu cuba membunuh Malliga, 41, dengan menikamnya menggunakan sebilah parang, antara 5.30 petang hingga 5.45 petang, di tempat dan tarikh sama.
Ketika ditemui pemberita selepas prosiding mahkamah berakhir, Malliga berkata keadilan akhirnya ditegakkan selepas lebih dua tahun mengikuti perbicaraan kes pembunuhan suaminya.
"Saya tidak sangka dia (tertuduh) tergamak membunuh adik sendiri hanya disebabkan masalah harta. Orang yang buat salah mesti kena gantung," katanya dalam tangisan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2017

Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah. -Gambar hiasan
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Sabitan dan hukuman mati terhadap enam bekas pelajar UPNM adalah tidak selamat - Peguam
Hisyam berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan ke-27 (SP27) iaitu pemilik seterika.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkaj 28 April depan sebagai tarik sebutan semula kes.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.

Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Indonesia bersetuju untuk memindahkan pekerja Filipina, Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan dadah ke penjara di Filipina.

Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.

Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.