KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menyanggah kenyataan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa badan itu telah "dipolitikkan" oleh individu tertentu.
Malah Johan mendakwa PTPTN tidak pernah dipolitikkan oleh mana-mana pengerusi sebelum ini seperti yang dilakukan Wan Saiful dalam masa empat tahun memegang jawatan tersebut.
"Saya juga kesal kenyataan beliau bahawa PTPTN telah “dipolitikkan” oleh individu tertentu.
"Pada pandangan saya, PTPTN tidak pernah dipolitikkan sedemikian rupa oleh mana-mana Pengerusi sebelum ini seperti yang beliau lakukan dalam masa empat tahun beliau di situ.
"Dalam banyak hal, beliau sendiri menggunakan PTPTN tidak lebih sebagai wahana atau alat mempromosikan diri dan agenda polititiknya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.
Dalam kenyataan itu juga Johan menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Saiful sebagai gendang kosong yang dipalu.
Beliau menganggap kenyataan Wan Saiful berhubung sumbangannya selaku pengerusi PTPTN selama empat tahun menampakkan keangkuhannya yang tidak bertempat.
Johan juga mendakwa, beliau meletak jawatan sebagai lembaga pengarah PTPTN setelah hanya sekali menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Wan Saiful.
"Saya berpendapat bahawa beliau tidak memahami budaya PTPTN dan lebih buruk lagi tidak menghargai sumbangan lembaga pengarah PTPTN sebelum itu.
BACA: PTPTN: Kenyataan Johan Jaaffar berhubung kenyataan Wan Saiful Wan Jan
"Beliau terlupa bahawa prestasi paling cemerlang bagi PTPTN adalah pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi Pengerusi.
"Pasukan petugas PTPTN dengan bimbingan ahli lembaga pengarahnya telah memberikan perhatian pada semua perkara yang didakwanya hasil kerja beliau.
"Ini termasuklah penekanan pada tabungan dan langkah-langkah proaktif mendapatkan kembali hutang dari pemimjam.
"Malah PTPTN mencatatkan jumlah pungutan hutang tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada tahun 2017 apabila institusi itu berjaya memungut sejumlah RM3.8 bilion," katanya.
Menurut Johan, beliau berbangga berkhidmat bersama ahli lembaga pengarah serta Pengerusi PTPTN sebelum 2018, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Katanya, biarpun Dr Shamsul Anuar merupakan lantikan politik, tetapi menampakkan sikap profesionalisme yang tinggi dan komitmen yang luar biasa.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jul 15 2022

Johan mendakwa PTPTN tidak pernah dipolitikkan oleh mana-mana pengerusi sebelum ini seperti yang dilakukan Wan Saiful dalam masa empat tahun memegang jawatan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.

Johan kesal Pengerusi Bernama belum dilantik
Johan mempersoalkan mengapakah jawatan pada institusi sepenting Bernama dibiarkan kosong selama lapan bulan.

Undang-undang tuntutan berita dalam talian harus segera dilaksana
Johan berkata, ia harus segera dilaksanakan bagi memastikan industri media di negara ini kekal mampan.

Aspek kebebasan media tunjuk perubahan memberangsangkan - Johan Jaaffar
Aspek kebebasan media yang menjadi antara tunjang demokrasi, secara keseluruhannya menunjukkan perubahan memberangsangkan di negara ini.

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Mengapa bunuh "oleh?"
Perkataan "oleh" adalah "kata sendi nama" untuk menunjukkan pembuat dalam ayat-ayat pasif.

Tekanan politik cabaran terbesar SPRM: Johan
Tekanan politik menyebabkan usaha SPRM dalam menjalankan siasatan sesuatu kes itu menjadi sukar akibat campur tangan.

Wan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik - Johan Jaaffar
Johan menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Saiful sebagai gendang kosong yang dipalu.

PTPTN: Kenyataan Johan Jaaffar berhubung kenyataan Wan Saiful Wan Jan
Tan Sri Johan Jaaffar menyifatkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung 'sumbangan' beliau selaku Pengerusi PTPTN selama empat tahun tidak lebih daripada gendang kosong yang dipalu.

'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar
Organisasi media itu akan dihukum oleh pembaca atau penonton jika mereka tidak lagi mempercayai pemberitaan yang disampaikan.