SAYA menganggap kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung “sumbangan” beliau selaku Pengerusi PTPTN selama empat tahun tidak lebih daripada gendang kosong yang dipalu. Kenyataan itu juga menampakkan keangkuhan beliau yang tidak bertempat.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi PTPTN sebaik-baik sahaja kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.
Salah satu tindakan yang dilakukan oleh menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu adalah menamatkan perkhidmatan sebahagian besar ahli lembaga pengarah PTPTN, termasuk Pengerusinya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Saya berbangga bekerja dengan mereka khususnya Dr Shamsul, yang walaupun merupakan lantikan politik, tetapi menampakkan sikap profesionalisme yang tinggi dan komitmen yang luar biasa.
Saya sendiri dikekalkan sebagai Lembaga Pengarah tetapi saya meletakkan jawatan setelah hanya sekali menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Wan Saiful.
Saya berpendapat bahawa beliau tidak memahami budaya PTPTN dan lebih buruk lagi tidak menghargai sumbangan lembaga pengarah PTPTN sebelum itu.
Beliau terlupa bahawa prestasi paling cemerlang bagi PTPTN adalah pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi Pengerusi. Pasukan petugas PTPTN dengan bimbingan ahli lembaga pengarahnya telah memberikan perhatian pada semua perkara yang didakwanya hasil kerja beliau. Ini termasuklah penekanan pada tabungan dan langkah-langkah proaktif mendapatkan kembali hutang dari pemimjam.
Malah PTPTN mencatatkan jumlah pungutan hutang tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada tahun 2017 apabila institusi itu berjaya memungut sejumlah RM3.8 bilion.
Saya juga kesal dengan kenyataan beliau bahawa pegawai atasan PTPTN yang terdiri dari “mereka yang lama berkhidmat” kononnya “tidak membawa budaya kerja yang baharu atau disiplin organisasi baharu” seperti yang didakwanya.
Saya menganggap kenyataan ini dan beberapa kenyataan lain terhadap petugas PTPTN sebagai satu penghinaan pada mereka. Andaian itu sama sekali silap dan tidak bertanggungjawab. Saya dapat memahami morale yang rendah di PTPTN sewaktu beliau menjadi Pengerusi.
Saya juga kesal kenyataan beliau bahawa PTPTN telah “dipolitikkan” oleh individu tertentu. Pada pandangan saya, PTPTN tidak pernah dipolitikkan sedemikian rupa oleh mana-mana Pengerusi sebelum ini seperti yang beliau lakukan dalam masa empat tahun beliau di situ.
Dalam banyak hal, beliau sendiri menggunakan PTPTN tidak lebih sebagai wahana atau alat mempromosikan diri dan agenda polititiknya.
- Tan Sri Johan Jaaffar
Kenyataan Media
Fri Jul 15 2022

Tan Sri Johan Jaaffar menyifatkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung 'sumbangan' beliau selaku Pengerusi PTPTN selama empat tahun tidak lebih daripada gendang kosong yang dipalu. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
Mula menabung dengan Simpan SSPN untuk membiayai pendidikan anak di institusi pengajian tinggi tanpa perlu meminjam wang lagi.

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.

Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.

PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.

Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.

PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.

KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.

180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.

PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.