KUALA LUMPUR: Kira-kira 180,000 pelajar baharu setiap tahun menerima manfaat bantuan pembiayaan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Ketua Eksekutifnya Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Beliau berkata agensi itu merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita selain memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf hidup keluarga, bangsa, dan negara.
"Hampir 50 peratus daripada kira-kira 350,000 pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) setiap tahun menerima pinjaman PTPTN. Pada awal penubuhan PTPTN, hanya sekitar 27,000 peminjam sahaja yang mendapat tajaan.
"Selepas 27 tahun, PTPTN telah mencapai kematangan dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pendidikan di IPT disebabkan masalah kewangan," katanya ketika menjadi tetamu program POV: Perspektif Bukan Persepsi musim kedua di Bernama Radio bersama penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim, baru-baru ini.
Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperkenalkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) pada 1999 dengan jumlah RM1,000, yang kini telah meningkat kepada RM1,500 sebagai persediaan untuk pelajar sebelum mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Menurut Ahmad Dasuki, PTPTN berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat supaya tidak hanya dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang tetapi sebagai tabung pendidikan untuk rakyat Malaysia.
Beliau berkata pada 2004, produk pertama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime dilancarkan dan pada 2015, Simpan SSPN-i Plus pula diwujudkan.
Simpan SSPN Prime menawarkan Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, iaitu ibu bapa yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.
"Persepsi terhadap PTPTN sebagai tabung simpanan telah meningkat sejak dua hingga tiga tahun lepas melalui promosi dan penerangan yang giat dijalankan, termasuk turun padang ke setiap sekolah.
"Geran Sepadan ini adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada anak-anak yang diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana IPT diiktiraf oleh kerajaan," kata Ahmad Dasuki.
PTPTN-PELAJAR 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata PTPTN membantu masyarakat membuat perancangan kewangan untuk pendidikan seawal usia anak-anak, yang akhirnya dapat melahirkan graduan tanpa hutang melalui Simpan SSPN.
"Dengan instrumen simpanan diwujudkan oleh PTPTN, masalah keciciran dalam kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dapat diatasi kerana produk simpanan ini juga menawarkan perlindungan takaful secara percuma," katanya.
Ahmad Dasuki menegaskan bahawa usaha PTPTN tidak akan berhenti dengan misi utama mereka untuk menggalakkan penabungan, bagi memastikan anak-anak tidak dibebani hutang setelah tamat pengajian sekali gus mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.
Sementara itu, Kamal Affandi berkata perancangan kewangan keluarga dalam aspek pengurusan kewangan dan pendidikan adalah amat penting dalam sebuah institusi kekeluargaan.
"Pendidikan adalah jalan keluar daripada kesusahan dan kemiskinan. Simpanan juga merupakan langkah terbaik dan penting untuk setiap keluarga. Jadi, kedua-duanya (pendidikan dan simpanan) amat penting untuk masa depan anak-anak dan keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Menurut Ahmad Dasuki, PTPTN berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat supaya tidak hanya dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang tetapi sebagai tabung pendidikan untuk rakyat Malaysia.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
Mula menabung dengan Simpan SSPN untuk membiayai pendidikan anak di institusi pengajian tinggi tanpa perlu meminjam wang lagi.

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.

Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.

PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.

Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.

PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.

KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.

180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.

PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.