KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, kesal dengan tindakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang membidas siaran Facebook Berita Harian (BH) mengenai laporan jangkaan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Menurut Johan, dakwaan laporan berkenaan satu penipuan dan fitnah oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
“Beliau juga sepatutnya faham bahawa laporan itu memetik pandangan dan ramalan penganalisis.
“Ini merupakan amalan biasa dalam laporan pemberitaan bisnes dan urus niaga seperti juga
pandangan penganalisis politik dipetik untuk tujuan berita atau laporan politik semasa,” kata Johan dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu mengulas tindakan Fahmi yang menyelar laporan analisis BH bertarikh 30 Mac mengenai OPR disebabkan wujud kekeliruan hingga menjadi fitnah yang tersebar luas.
Kata Johan, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua pandangan, baik yang menyokong atau menentang kerajaan seharusnya diberikan tempat.
Bahkan, Johan dalam kenyataannya itu turut menegaskan, saluran media bukan portal atau risalah rasmi kerajaan.
Apa yang dikesalkan Johan juga, kenyataan yang dikeluarkan Fahmi juga secara tidak langsung telah menanam rasa tidak yakin orang ramai ke atas media serta menjejaskan nama baik media tempatan.
Dalam masa sama, Johan mengingatkan menteri itu yang pernah berikrar dan menjanjikan media bebas membuat laporan dalam kerangka undang-undang sedia ada.
“Saya juga kecewa bahawa sebelum ini menteri berkenaan melenting dengan laporan persepsi dan skor Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh lima media arus perdana.
“Saya melihat kecenderungan yang tidak sihat apabila beberapa orang menteri mempertikaikan laporan media yang tidak menyebelahi mereka.
“Saya berpendapat hal ini berlaku disebabkan menteri-menteri berkenaan tidak cukup matang
untuk menangani isu media,” tegas Johan lagi.
Tindakan Fahmi menyelar laporan BH itu turut dibantah oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM).
Menurut NUJM, menjadi amalan media di seluruh dunia untuk menyiarkan berita berdasarkan pendapat dan unjuran pakar industri.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap media, Fahmi seharusnya lebih peka dengan amalan dan cara kerja media tempatan.
"Tindakan beliau bukan saja menjejaskan laporan BH, malah komen yang ditulis dengan menggelar laporan itu sebagai 'fitnah dan pembohongan' telah menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pembaca terhadap media," kata Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Patah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Susulan kritikan yang dibuat, Fahmi telah mengadakan pertemuan bersama Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta pengurusan tertinggi Media Prima Berhad.
"Sebenarnya rencana itu sekadar memetik pendapat seorang penganalisis, dan saya tiada masalah dengan laporan ini.
"Tetapi post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan. Ini tidak benar dan tidak adil kepada Bank Negara dan Kerajaan.
"Pengurusan BH faham apa yang saya maksudkan dalam hal ini dan telah bersetuju untuk membetulkan post tersebut," jelasnya.
Astro Awani
Sat Apr 01 2023
![Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680323440_MASHUP.jpg)
Tan Sri Johan Jaaffar mengingatkan Fahmi Fadzil yang pernah berikrar dan menjanjikan media bebas membuat laporan dalam kerangka undang-undang sedia ada. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663063241_TBJohanJaaffar.jpg)
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
![Johan kesal Pengerusi Bernama belum dilantik Johan kesal Pengerusi Bernama belum dilantik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/41569394532_TBTANSRIJOHAN.jpg)
Johan kesal Pengerusi Bernama belum dilantik
Johan mempersoalkan mengapakah jawatan pada institusi sepenting Bernama dibiarkan kosong selama lapan bulan.
![Undang-undang tuntutan berita dalam talian harus segera dilaksana Undang-undang tuntutan berita dalam talian harus segera dilaksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689245928_TBTANSRIJOHAN.jpg)
Undang-undang tuntutan berita dalam talian harus segera dilaksana
Johan berkata, ia harus segera dilaksanakan bagi memastikan industri media di negara ini kekal mampan.
![Aspek kebebasan media tunjuk perubahan memberangsangkan - Johan Jaaffar Aspek kebebasan media tunjuk perubahan memberangsangkan - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/41569394532_TBTANSRIJOHAN.jpg)
Aspek kebebasan media tunjuk perubahan memberangsangkan - Johan Jaaffar
Aspek kebebasan media yang menjadi antara tunjang demokrasi, secara keseluruhannya menunjukkan perubahan memberangsangkan di negara ini.
![Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680323440_MASHUP.jpg)
Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
![Mengapa bunuh oleh? Mengapa bunuh oleh?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/41569394532_TBTANSRIJOHAN.jpg)
Mengapa bunuh "oleh?"
Perkataan "oleh" adalah "kata sendi nama" untuk menunjukkan pembuat dalam ayat-ayat pasif.
![Tekanan politik cabaran terbesar SPRM: Johan Tekanan politik cabaran terbesar SPRM: Johan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663842608_Johan.jpg)
Tekanan politik cabaran terbesar SPRM: Johan
Tekanan politik menyebabkan usaha SPRM dalam menjalankan siasatan sesuatu kes itu menjadi sukar akibat campur tangan.
![Wan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik - Johan Jaaffar Wan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/41569394532_TBTANSRIJOHAN.jpg)
Wan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik - Johan Jaaffar
Johan menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Saiful sebagai gendang kosong yang dipalu.
![PTPTN: Kenyataan Johan Jaaffar berhubung kenyataan Wan Saiful Wan Jan PTPTN: Kenyataan Johan Jaaffar berhubung kenyataan Wan Saiful Wan Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/41569394532_TBTANSRIJOHAN.jpg)
PTPTN: Kenyataan Johan Jaaffar berhubung kenyataan Wan Saiful Wan Jan
Tan Sri Johan Jaaffar menyifatkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung 'sumbangan' beliau selaku Pengerusi PTPTN selama empat tahun tidak lebih daripada gendang kosong yang dipalu.
!['Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar 'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655293148_TBJohanJaaffar.jpg)
'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar
Organisasi media itu akan dihukum oleh pembaca atau penonton jika mereka tidak lagi mempercayai pemberitaan yang disampaikan.