WAWASAN 2020 tidak gagal sepenuhnya, namun ia tidak menjadikan Malaysia sebuah negara maju seperti diharapkan.
Menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, negara masih berjaya meningkatkan keupayaan dalam beberapa aspek.
"Kita tidak gagal langsung (dalam Wawasan 2020).
"Umpamanya, kita dapati dahulu doktor Melayu adalah sangat kurang.
"Dahulu hanya 2 peratus sahaja doktor Melayu tetapi kita beri peluang dan biasiswa, kini kita mempunyai 40 peratus dan ini peningkatan yang tinggi.
"Begitu juga dengan kerjaya lain," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata dari aspek perniagaan pula, wawasan yang digariskan gagal mencapai matlamat apabila penyertaan golongan Bumiputera masih rendah.
"Saya akui ada di kalangan usahawan Melayu yang berjaya dan menjadi jutawan namun majoritinya gagal.
"Kita mahu meningkatkan penyertaan mereka supaya jurang antara kaum dan bandar serta luar bandar dirapatkan," katanya dalam temu bual Wawancara Eksklusif: Kapsul Wawasan.
Wawancara yang dirakam pada Januari lalu itu disiarkan dari laman media sosialnya.
Dr Mahathir berkata antara sebab kegagalan mencapai Wawasan 2020 sepenuhnya adalah perubahan dasar dan hala tuju kepimpinan selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4.
"Kita sudah tentukan arus yang perlu kita ikuti supaya kita mencapai matlamat, tetapi selepas saya meletak jawatan, dasar dan tumpuan kerajaan adalah berbeza.
"Maka kita tidak boleh tentukan kita akan mencapai matalamat yang disasarkan," katanya.
Namun Dr Mahathir akui sejak diperkenalkan pada 1991, banyak pembangunan dicapai hasil wawasan itu namun tidak mencapai tahap sebuah negara maju.
Dr Mahathir berkata selain pembangunan, sikap serta nilai yang dipegang oleh rakyat Malaysia juga akan menentukan tahap kemajuan negara.
"Untuk menjadi negara maju, kita perlu ada sifat rajin dan mulia. Semua sifat yang diajar dalam agama Islam.
"Saya berharap rayat Malaysia terus berusaha keras mencapai matlamat yang memerlukan sumbangan bersama," katanya.
Menyentuh tentang kapsul 2020 yang ditanam oleh beliau sewaktu gimik pelancaran Wawasan 2020 pada 1991, Dr Mahathir berkata tiada masa yang ditetapkan bila ia akan dibuka.
"Saya harap tahun ini kita akan buka kapsul 2020 tetapi masa belum ditentukan," katanya.
Najib Aroff
Sat Nov 28 2020

Dr Mahathir akui sejak diperkenalkan pada 1991, banyak pembangunan dicapai hasil wawasan itu namun tidak mencapai tahap sebuah negara maju. -Facebook Dr Mahathir Mohamad

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.