Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa bernilai RM400,000 kepada 10 kakitangan akademik dari beberapa universiti di Gaza untuk pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).
Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata biasiswa itu, adalah dalam bentuk pengecualian pembayaran yuran bagi melanjutkan pengajian untuk tempoh tiga tahun di universiti itu.
"Kita telah pun bagi dua biasiswa itu kepada kakitangan akademik Islamic University of Gaza (IUG) pada awal tahun ini, yang selebihnya kita akan bagi dalam tempoh yang terdekat nanti," katanya pada sidang akhbar di UTM cawangan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Turut hadir delegasi IUG diketuai presidennya, Dr Kamalain Shaath dan isteri serta Penyelaras bagi Hal Ehwal Antarabangsa IUG, Dr Wesam Ahmed Almadhoun.
Zaini berkata penawaran biasiswa itu sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi kepada penduduk Gaza semasa lawatan beliau ke wilayah berkenaan, baru-baru ini.
Zaini berkata Palestin memerlukan lebih ramai modal insan yang terlatih untuk membangunkan semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat konflik Palestin-Israel.
"Bidang yang ditawarkan antaranya, teknologi pembinaan, sistem kumbahan dan bekalan air dengan bidang-bidang itu mampu membangunkan semula kemudahan asas rakyat Palestin khususnya di Gaza.
"Bukan yang musnah saja kita bangunkan, bahkan yang tak ada pun kita akan adakan," katanya.
Beliau berkata UTM memberi keutamaan kepada teknologi pendidikan dan maklumat untuk membolehkan rakyat Palestin mendapat pendidikan dan kemudahan perhubungan maklumat yang lebih berkualiti.
Zaini berkata dalam pada itu UTM turut menawarkan skim pembantu tenaga pengajar kepada 10 pelajar PhD yang membabitkan elaun sebanyak RM1,600 sebulan untuk tempoh empat tahun.
"UTM akan memberi pengecualian yuran pengajian kepada enam pelajar PhD, 10 sarjana dan 13 sarjana muda dari Palestin yang sedang mengikuti pengajian di UTM yang membabitkan kos RM1.3 juta," katanya.
Selain itu, Dr Zaini berkata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dengan penderitaan penduduk Palestin, iaitu Aqsa Sharif, akan bekerjasama dengan UTM menawarkan tiga biasiswa lagi di peringkat sarjana dan PhD.
Bernama
Tue Feb 05 2013
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Tumpuan Rabu – 18 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
AWANI 7:45 [17/09/2024] - Definasi halal semakin berkembang | Tiada sejarah ke luar negara | Ibu bapa sudah dikenal pasti | Jumlah mangsa meningkat
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
AWANI Ringkas: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Peluru berpandu dari Yaman jatuh di tengah Israel
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan terbuka di tengah Israel selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman jatuh di kawasan tidak berpenduduk pada Ahad.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran krisis kemanusiaan menjelang musim sejuk
Pejabat berkenaan turut memberi amaran mengenai "bencana kemanusiaan yang sebenar" apabila musim sejuk tiba, yang berpotensi menyebabkan jutaan penduduk tiada tempat berteduh.
Hampir 4,000 rakyat Gaza hilang tangan, kaki
Ada antara mangsa kudung di kaki atau tangan, sementara sebahagian yang lain terpaksa menjalani proses pemulihan yang lama.
Tiada perjanjian gencatan senjata jika tuntutan rakyat Palestin tidak dipatuhi - Hamas
Tuntutan itu termasuk menghentikan perang sepenuhnya dan pengunduran tentera rejim Israel dari Semenanjung Gaza.
Gaza kehabisan kebanyakan ubat untuk selamatkan nyawa ketika Israel sasar sektor perubatan
Gaza kini kehabisan kebanyakan ubat untuk menyelamatkan nyawa pesakit ketika Israel terus menyasarkan sektor perubatan Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada akauntabiliti pembunuhan pekerja PBB di Gaza tidak boleh diterima - Guterres
Guterres merumuskan tahun lalu sebagai tahun yang sangat sukar selepas dikuasai perang di Gaza.
Pembunuhan dan kemusnahan di Gaza yang terburuk pernah dilihat: Ketua PBB
Beliau berkata penerimaan Israel adalah "kemungkinan lemah" dan penglibatan PBB dalam sebarang peranan masa depan di Gaza "tidak realistik".
Tentera Israel terus lakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Tentera pendudukan Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza selepas melancarkan serangan udara yang menyasarkan kawasan khemah pelarian di Mawasi Khan Yunis.
Isu Palestin: Pendirian Malaysia konsisten - PM Anwar
Kerajaan dan rakyat Malaysia konsisten dalam menyatakan pendirian dan sokongan tidak berbelah bahagi supaya kekejaman terhadap penduduk Palestine dihentikan.