TEL AVIV: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan terbuka di tengah Israel selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman jatuh di kawasan tidak berpenduduk pada Ahad.

Perkara ini dimaklumkan tentera Israel memaklumkan tiada sebarang dilaporkan.

Dalam pada itu, penduduk dan anggota bomba bertungkus-lumus untuk mengawal api yang marak berhampiran komuniti Kfar Daniel di tengah Israel.

Pejuang Houthi Yaman yang disokong Iran melancarkan serangan terhadap Israel sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin ketika konflik  berterusan antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza.

Sejak November, Houthi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron tetap terhadap apa yang mereka dakwa sebagai perkapalan berkaitan Israel di Teluk Aden dan Laut Merah, laluan air yang penting untuk perdagangan global.

Julai lalu, mereka melakukan serangan dron ke atas Tel Aviv yang membunuh seorang orang awam Israel.

Pesawat perang Israel mengebom pelabuhan Hodeida di Yaman, yang dikawal Houthi, sebagai tindak balas, memusnahkan banyak kapasiti simpanan bahan api kemudahan itu dan membunuh beberapa orang.

Kenyataan Houthi bulan lalu menegaskan sekali lagi bahawa tindak balas Yaman pasti akan tiba.