KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia untuk meningkatkan pematuhannya kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan mengekalkan persekitaran perdagangan yang terbuka dan telus membuahkan hasil apabila bilangan soalan yang dibangkitkan pada Semakan Semula Dasar Perdagangan (TPR) kelapan di Geneva, Switzerland berkurangan dengan ketara.
Malaysia telah menerima sejumlah 367 soalan daripada 28 ahli WTO dengan majoriti soalan dari Amerika Syarikat, India, Australia, Kesatuan Eropah dan negara-negara anggota ASEAN.
Untuk rekod, bilangan soalan bertulis yang diterima oleh Malaysia pada TPR kelapan berkurangan berbanding 476 soalan diterima pada 2018, yang mencerminkan usaha Malaysia untuk meningkatkan pematuhannya kepada WTO dan mengekalkan persekitaran perdagangan yang terbuka dan telus, kata satu kenyataan dari Geneva kepada Bernama
Ia berkata soalan-soalan ini merangkumi pelbagai bidang seperti keterbukaan perdagangan, hak harta intelek, sekuriti makanan, pensijilan halal, perkhidmatan kewangan, pembangunan mampan, e-dagang, pembangunan PKS, perjanjian perdagangan bebas, piawaian, serta isu berkaitan perdagangan dan jantina.
"Malaysia komited untuk menegakkan sistem perdagangan pelbagai hala yang berasaskan peraturan, serta melaksanakan pembaharuan ekonomi dan amalan baik dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kemampanan alam sekitar," kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tersebut.
TPR Malaysia kelapan telah diadakan pada 8 Feb dan 10 Feb, 2023.
Kementerian dan agensi-agensi lain yang terlibat ialah Kementerian Kewangan; Kementerian Perladangan dan Komoditi; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Bank Negara Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Kenyataan itu juga berkata 37 ahli WTO melakukan intervensi dengan mengemukakan soalan dan memberikan komen positif mengenai dasar perdagangan dan pelaburan Malaysia semasa TPR dua hari itu.
Kebanyakan ahli telah memuji Malaysia di atas prestasi ekonominya walaupun menghadapi cabaran disebabkan pandemik, serta usaha berterusan Malaysia untuk menambah baik perundangan domestiknya bagi memenuhi piawaian antarabangsa terutamanya dalam bidang harta intelek dan hak pekerja.
Ahli WTO juga memuji sumbangan produktif Malaysia dalam perjanjian perdagangan serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Ahli-ahli mencerap perkembangan itu sebagai sesuatu yang baik untuk liberalisasi perdagangan pelbagai hala yang progresif.
Malaysia dipuji kerana penyertaan aktifnya dalam perbincangan WTO, seperti Inisiatif Kenyataan Bersama mengenai Kemudahan Pelaburan untuk Pembangunan (IFD) dan e-Dagang, mesyuarat Pembaharuan Kumpulan Cairns dan WTO. Pada masa ini, Perwakilan Tetap Malaysia di Geneva diketuai oleh Duta Besar Syahril Syazli Ghazali.
TPR ialah pelaksanaan yang dimandatkan dalam perjanjian WTO, sebagai sebahagian daripada obligasi ketelusan, yang mana dasar perdagangan dan berkaitan perdagangan Ahli-ahli WTO diperiksa dan dinilai. TPR Malaysia sebelum ini telah diadakan pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

Malaysia dipuji kerana penyertaan aktifnya dalam perbincangan WTO serta sumbangan produktif dalam perjanjian perdagangan serantau seperti RCEP dan CPTPP. - Facebook Ministry of International Trade and Industry, Malaysia
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.

Malaysia menang kes diskriminasi minyak sawit - Johari
WTO, pada 5 Mac 2024, mengeluarkan laporan akhir dan menyimpulkan bahawa Akta Delegasi EU yang menyekat biofuel minyak sawit adalah bersifat diskriminasi.

Malaysia, UAE bakal meterai CEPA Jun ini - Tengku Zafrul
Beliau berkata satu MoU telah ditandatangani pada Januari untuk mewujudkan rangka kerja bagi kerjasama pelaburan dalam sektor infrastruktur digital.

Iran tidak bercadang sertai WTO, keanggotaan dalam blok serantau memadai - Tehran
Ini kerana, keanggotaan Iran dalam pertubuhan serantau utama lain adalah setaraf dengan keanggotaan dalam WTO.

Teknologi digital faktor utama perdagangan masa hadapan - WTO
Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Selasa berkata teknologi digital akan menjadi faktor utama yang mempengaruhi perdagangan pada masa hadapan.

Usaha Malaysia untuk meningkatkan pematuhannya terhadap WTO membuahkan hasil - MITI
Malaysia menerima 367 soalan daripada 28 ahli WTO, majoritinya dari AS, India, Australia, EU dan negara-negara anggota ASEAN.

China ambil tindakan undang-undang ke atas AS berhubung eksport cip
China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Amerika Syarikat (AS).

WTO: Pertumbuhan perdagangan dunia dijangka perlahan pada 2023
Jumlah dagangan barangan global akan berkembang 3.5 peratus pada 2022, lebih baik sedikit daripada unjuran 3.0 peratus pada April.

Malaysia penyumbang utama agenda WTO dalam aspek pertumbuhan, pembangunan ekonomi
Nanta berkata Iweala turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang secara relatifnya utuh dan teguh.