PUTRAJAYA: Malaysia yang aktif pembabitannya di peringkat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diyakini berupaya menjadi penyumbang utama ke arah agenda WTO dalam aspek pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.
Perkara itu diutarakan Ketua Pengarah WTO Dr Ngozi Okonko-Iweala ketika menerima kunjungan hormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Geneva, Switzerland pada Jumaat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena kunjungan hormat itu, Nanta berkata Iweala turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang secara relatifnya utuh dan teguh.
"Kunjungan hormat ini sangat bermanfaat dan berguna, dengan menyentuh pelbagai isu berkaitan sumbangan WTO terhadap pertumbuhan ekonomi serta pembangunan Malaysia," katanya.
Berikutan isu kelaparan di peringkat global yang semakin meruncing susulan pandemik dan krisis keselamatan makanan yang masih membelenggu dunia, Malaysia mengalu-alukan inisiatif WTO dalam memastikan bekalan keperluan asas yang mencukupi serta dijual pada harga berpatutan.
"Ia diyakini berupaya membantu negara seperti Malaysia dalam mengurangkan beban kewangan menerusi penyaluran peruntukan subsidi terhadap barangan makanan kepada masyarakat.
"Harga barangan akan merekodkan penyusutan, dengan aliran perdagangan yang baik dan disokong rangkaian bantuan mudah cara, sekali gus menjana manfaat kepada pengguna," kata Nanta.
Beliau menyifatkan inisiatif yang direncanakan WTO yang bertepatan untuk Malaysia ialah inisiatif mengenai perdagangan elektronik.
"Hal ini kerana pandemik mencetuskan perubahan transaksi oleh pengguna. Justeru, inisiatif berkaitan perdagangan elektronik ini bakal membantu Malaysia untuk mengawal selia sektor ini sewajarnya, selain tidak merencatkan pertumbuhan industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Nanta berkata Iweala turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang secara relatifnya utuh dan teguh. - Foto fail/BERNAMA
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.

HKSAR gesa AS berhenti gunakan platform WTO untuk burukkan Hong Kong
Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Amerika Syarikat yang memutarbelitkan fakta mengenai situasi di Hong Kong.

Malaysia penyumbang utama agenda WTO dalam aspek pertumbuhan, pembangunan ekonomi
Nanta berkata Iweala turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang secara relatifnya utuh dan teguh.

Malaysia seru penetapan semula keutamaan WTO untuk aliran perdagangan yang lancar - Azmin
Azmin berkata, cabaran yang dihadapi oleh sistem perdagangan pelbagai hala tetap menjadi perkara yang paling utama.

Kerjasama global kekal penting dalam hadapi COVID-19, kata PM Singapura
Kerjasama global kekal penting dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan meneruskan pertumbuhan, selain perlu melihat melangkaui daripada kembali kepada status quo ante, kata Perdana Menteri Singapura Le

APEC 2020: Kerajaan beri penekanan perdagangan multilateral - Muhyiddin
Kerajaan akan memberi penekanan kepada sokongan dan komitmen terhadap sistem perdagangan multilateral untuk memastikan kestabilan dan pasaran terus bergerak walaupun pada masa krisis.

Dipilih dua calon akhir KP WTO, Muhyiddin ucap tahniah kepada Korea Selatan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Korea Selatan khususnya Menteri Perdagangan republik itu, Yoo Myung-hee.

Asia perlukan pertumbuhan dagangan, sistem monetari sendiri - IQI Global
Tindakan AS membatalkan layanan keutamaan terhadap 15 negara termasuk Malaysia, baru-baru ini, telah mengejutkan ramai kalangan pembuat keputusan.

Korea Selatan buat keputusan lepas status negara membangun di WTO
Terdapat sedikit kemungkinan bahawa komuniti antarabangsa boleh mengiktiraf Korea Selatan sebagai sebuah negara membangun dalam rundingan WTO pada masa akan datang.

Teresa Kok tidak setuju dengan tindakan Kesatuan Eropah
EU yang mengurangkan skala kawasan perladangan dalam draf Akta Delegasi daripada 2-5 hektar ke 2 hektar sekat pendapatan peladang kecil.