KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggesa penetapan semula keutamaan untuk memastikan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memainkan peranan yang lebih efektif dalam mewujudkan aliran perdagangan yang lebih lancar dan bebas pada Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-12 (MC12) di Geneva.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata walaupun Malaysia menantikan maklum balas WTO terhadap pelbagai isu dalam pelbagai agenda, cabaran yang dihadapi oleh sistem perdagangan pelbagai hala tetap menjadi perkara yang paling utama.
Kenyataan beliau ini dipetik daripada akaun Twitternya menjelang mesyuarat rasmi Menteri Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) bersama 13 negara rakan kongsi lain sebelum menghadiri WTO MC12 di Paris, Perancis, persidangan pertama dalam tempoh empat tahun.
"Bagi IPEF, perbincangan akan tertumpu kepada tonggak yang mana perdagangan akan diketengahkan dengan ketara," kata Mohamed Azmin, sambil menambah mesyuarat IPEF kali ini akan dipengerusikan oleh Duta Besar Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat, Katherine Tai.
Malaysia percaya bahawa sudah tiba masanya untuk memulakan paradigma baharu abad ke-21 bagi memastikan pertumbuhan yang lebih cepat dan adil untuk ekonomi di rantau ini disamping memupuk keterangkuman dan kemakmuran bersama, katanya.
Beliau juga menyatakan antara lain, bahawa penggubalan semula peraturan baharu itu akan membolehkan rakan kongsi rangka kerja meneroka peluang serta kemungkinan baharu dalam meningkatkan daya saing, daya tahan ekonomi dan kemakmuran serantau selain memudahkan pertumbuhan yang rancak dan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Mohamed Azmin berkata walaupun Malaysia menantikan maklum balas WTO terhadap pelbagai isu dalam pelbagai agenda, cabaran yang dihadapi oleh sistem perdagangan pelbagai hala tetap menjadi perkara yang paling utama. - Gambar fail/BERNAMA

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.

Media Thailand sorot perjanjian gencatan senjata sempadan
Pengumuman gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand susulan rundingan di Malaysia mendapat liputan meluas dalam media Thailand.

Singapura, Indonesia, Malaysia berdepan risiko jerebu rentas sempadan pada 2025 - Laporan
Singapura, Indonesia dan Malaysia berdepan risiko sederhana berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk sepanjang baki tahun ini.

ASEAN gesa gencatan senjata segera antara Thailand dan Kemboja, bimbang peningkatan korban dan pelarian
ASEAN komited untuk terus memantau situasi berkenaan dan menyokong usaha Pengerusi ASEAN bagi memfasilitasi dialog aman serta menamatkan pertempuran yang sedang berlaku.

Tangani kes buli di sekolah wajar jadi agenda utama - Lee
Menangani kes buli di sekolah wajar menjadi agenda utama di peringkat nasional dan bukan sekadar isu disiplin semata-mata, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

ISTAF tubuh Jawatankuasa Teknikal Khas perhalusi isu servis 'terbang'
ISTAF mengambil pendekatan berhati-hati dalam isu pemansuhan kesalahan servis 'terbang' apabila memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Khas.

Malaysia gesa Thailand, Kemboja laksana gencatan senjata serta-merta
Malaysia menyuarakan kebimbangan serius terhadap konflik yang semakin memuncak di sempadan Thailand-Kemboja dan menggesa kedua-dua negara segera melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.

BFF @ Labuan 2025 mula buka tirai dengan meriah
Festival Flora Borneo @ Labuan 2025 atau BFF2025 membuka tirainya hari ini dengan sambutan hangat daripada pengunjung yang mula membanjiri tapak acara sejak awal pagi.

Malaysia cadang Thailand, Kemboja guna Jawatankuasa Am Sempadan selesaikan konflik
Malaysia mencadangkan supaya Thailand dan Kemboja menggunakan Jawatankuasa Am Sempadan sebagai mekanisme menyelesaikan pertelingkahan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

Malaysia terima MALE-UAS 'ANKA' tahun depan - Mohamed Khaled
Malaysia dijangka menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye menjelang Mac 2026.