KUALA LUMPUR: Ganjaran sejumlah AS$5,000 (RM23,690) akan diberikan kepada mana-mana sherpa atau individu yang memberikan maklumat mengenai lokasi Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di Gunung Everest pada Mei tahun lepas.
Presiden Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP) Mohd Yussainy Md Yusop dalam kenyataan hari ini memaklumkan ganjaran oleh Pioner Adventure Pvt.Ltd itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Katanya, ketua Misi Everest 2023 Azim Afif kini berada di Everest untuk menyelaraskan operasi di lapangan.
"Expedition Operator Association telah dimaklumkan mengenai ganjaran berjumlah AS$5,000 tersebut sekiranya sherpa atau mana-mana individu yang berada di Everest dapat memberikan maklumat lokasi Hawari terus kepada Pengarah Eksekutif Pioneer Adventure Pvt. Ltd, Nivesh Karki," menurut kenyataan itu.
Mohd Yussainy berkata usaha mencari dilaksanakan oleh PMGP dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang menggerakan usaha berkenaan atas dasar kemanusiaan.
Selain itu, PMGP juga mendapat nasihat teknikal daripada Agensi Angkasa Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam pelaksanaan misi mengesan lokasi Hawari.
"Selain itu, pihak PMGP turut mendapat kerjasama Pejabat Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal yang memaklumkan kepada Menteri Luar Nepal untuk tentera negara tersebut memberikan perhatian semasa Kempen Pembersihan Gunung yang sedang berjalan di Everest," menurut kenyataan itu.
Muhammad Hawari, 34, merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Mei tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Muhammad Hawari, 34, merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Mei tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Everest: Operasi SAR Hawari ditamatkan awal sehari
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan hari ini.

Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.

Tinggal 5 hari lagi peluang mencari Hawari
Misi SAR kali ini akan menggunakan teknologi canggih iaitu dua dron berteknologi tinggi yang akan dikawal oleh seorang pendaki.

KPWKM atur sesi kaunseling untuk keluarga Hawari
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengatur sesi kaunseling untuk keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, yang hilang di kawasan pe

Nepal beri tempoh lima hari lagi cari Hawari
Misi SAR itu akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi membabitkan seorang pendaki dan seorang malim gunung yang berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu.

Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki OKU pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.

Tragedi Everest: 'Lukisan rindu' anak Hawari, keluarga harap SAR diteruskan
Keluarga Hawari masih kekal positif dengan berharap tempoh misi pencarian (SAR) dapat dilanjutkan sehingga beliau ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Tragedi Everest: "Besar harapan saya Hawari ditemui walau dalam keadaan apa sekalipun" - Ibu
Ibu berharap usaha mencari pendaki Everest, Muhammad Hawari tetap diteruskan meskipun telah dimaklumkan misi tersebut akan berakhir Ahad ini.