KUALA LUMPUR: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, akan diteruskan selepas mendapat ihsan daripada pihak berkuasa Nepal yang mengendalikan aktiviti mendaki ke puncak tertinggi dunia itu.
Ketua Misi ME2023 yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak, 33, berkata, pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti mendaki ke puncak Everest bermula hari ini dan dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal, pihaknya telah mendapat lanjutan tempoh lima hari bagi meneruskan misi SAR Muhammad Hawari.
Menurutnya, misi SAR itu akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi membabitkan seorang pendaki, Tiong Ling Yang, 30; Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin, 30, dan seorang malim gunung yang berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu.
"Misi SAR ini dijangka bermula esok dan ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam negara itu yang masih belum memberi pelepasan kepada satu dron yang dihantar melalui kargo dari Malaysia pada Sabtu lalu.
"Sekiranya mendapat pelepasan kami akan bertolak esok dari Kathmandu ke Kem Dua menggunakan helikopter bagi menyambung misi SAR," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ke-11 hari ini. Beliau dilaporkan hilang selepas meninggalkan Kem Empat pada 19 Mei lalu.
Sebelum itu pada 18 Mei, beliau dilaporkan berjaya menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal.
Pada Sabtu lalu, satu perbincangan membabitkan Kedutaan Malaysia di Nepal yang dihadiri Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan diadakan bagi memohon permit khas kepada kerajaan Nepal untuk meneruskan misi SAR.
Azim berkata, sebelum ini mereka sudah membawa satu dron dan ia boleh melakukan pengesanan sehingga melebihi aras 8,000 meter dari aras laut serta kawasan berbahaya yang tidak boleh dimasuki anggota penyelamat dan malim gunung.
Jelasnya, sekiranya inisiatif dron itu berjaya mengesan objek, sut pakaian atau kelengkapan lain yang digunakan Muhammad Hawari, barulah malim gunung ditugaskan ke kawasan itu bagi membuat pengecaman.
"Inisiatif ini dapat menjimatkan kos dan lebih efektif. Pada masa sama kami juga sudah melantik 10 malim gunung yang sentiasa bersiap sedia untuk melakukan tugasan sekiranya diperlukan.
"Misi SAR selama lima hari ini juga bergantung kepada keadaan cuaca dan sekiranya masih berdepan jalan buntu mungkin akan membuat suatu ketetapan sama ada untuk meneruskan atau tamatkan yang akan diputuskan dalam masa terdekat," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023

Muhammad Hawari hilang sejak Jumaat lalu. -Gambar fail/Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.

Kelayakan Piala Asia 2027: Gagal sediakan venue, Nepal bertemu Harimau Malaya di Malaysia bulan hadapan
Paul berkata venue perlawanan terpaksa diubah susulan kegagalan Nepal menyediakan gelanggang tuan rumah bagi perlawanan pertama berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

TikTok didaftar di Nepal
Aplikasi video pendek popular TikTok didaftarkan di Nepal, dua bulan selepas kerajaan menarik balik larangan berbulan-bulan terhadap aplikasi itu, kata seorang pegawai kerajaan pada Rabu.

5 pendaki Rusia ditemukan maut di Gunung Dhaulagiri
Lima pendaki Rusia yang dilaporkan hilang pada Ahad ketika turun dari Gunung Dhaulagiri ditemukan maut pada Selasa.

29 diselamatkan selepas bas dari India terjunam ke dalam sungai di Nepal
Seramai 29 orang diselamatkan selepas sebuah bas dari India yang membawa 40 orang penumpang terjunam ke dalam sungai di Nepal pada Jumaat, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Nahas helikopter di Nepal ragut nyawa juruterbang, 4 penumpang warga China
Helikopter yang membawa empat penumpang warga China itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Kathmandu tiga minit selepas berlepas.

Helikopter bawa lima individu terhempas di pergunungan utara Nepal
Empat penumpang terbabit merupakan warga China, manakala juruterbang adalah warga Nepal.

Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.