Daripada 29 yang diselamatkan, 15 ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, kata Deepak Kumar Raya jurucakap polis Daerah Tanahun di wilayah tengah Gandaki, di mana kejadian berlaku.
Usaha mencari mangsa yang lain masih dijalankan, katanya kepada Xinhua, sambil menambah bahawa bas berkenaan sedang dalam perjalanan ke ibu kota Kathmandu dari Pokhara, satu destinasi pelancongan popular di Nepal.
-- BERNAMA