"TikTok didaftarkan secara rasmi di Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat minggu lepas, dan kami mengeluarkan sijil pendaftaran pada Selasa," kata Gajendra Thakur, jurucakap kementerian, kepada Xinhua.
Menurut beliau TikTok menjadi aplikasi media sosial ketiga yang didaftarkan di negara itu selepas Viber dan WeTalk.
Laman media sosial dikehendaki didaftarkan dan menubuhkan pejabat perhubungan di Nepal di bawah peraturan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada November tahun lepas.
Pada awal September, penyedia perkhidmatan Internet dan mudah alih di Nepal diarahkan untuk menarik balik larangan yang dikenakan terhadap TikTok pada November 2023, selepas kabinet membuat keputusan serupa pada akhir Ogos.
-- BERNAMA