KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator pendakian Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.
Timbalan Presiden Kelab Eksplorasi Altitud, Murshid Maktab berkata, beberapa peralatan teknologi dibawa dari Malaysia termasuk dron yang berupaya mengesan haba dijangka tiba di Nepal pada Isnin bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu
Menurutnya, aktiviti pendakian ke kemuncak tertinggi dunia itu akan ditutup secara rasmi pada esok dan hanya akan dibuka semula pada tahun depan.
"Buat masa ini rundingan melibatkan Kedutaan Malaysia di Nepal masih lagi berjalan (dengan kerajaan Nepal dan operator Everest).
"Kalau rundingan itu berjaya, pencarian mungkin akan ditambah 10 hari lagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Murshid berkata, kali ini, keseluruhan tenaga operasi percarian akan bertumpu di satu-satu kawasan misalnya ke kem empat, kemudian ke kem tiga, kem dua dan satu.
"Kalau sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat berpecah kepada beberapa kumpulan dan bergerak secara berasingan," ujarnya.
Menurut beliau, setakat ini, operasi pencarian di sepanjang laluan ke kemuncak itu sudah digiatkan namun masih lagi gagal.
"Sekarang kita luaskan (operasi) kepada jurang-jurang termasuk celahan bongkah dan sebagainya," katanya.
Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari kelapan selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu.
Beliau berjaya menawan puncak Everest pada 18 Mei lalu.
Umavathi Ramayah
Sun May 28 2023

Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari kelapan selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu. - Foto fail/ Ihsan ME 2023

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tragedi Everest: Operasi SAR Hawari tamat hari ini, disambung tahun depan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, ditamatkan secara rasmi hari ini dan akan disambung tahun depan.

Tragedi Everest: KBS keluar kenyataan berkaitan siasatan selepas operasi selesai - Hannah Yeoh
KBS belum bersedia memberi sebarang ulasan berhubung tragedi kematian dan kehilangan peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023).

Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.

Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki OKU pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.

Tragedi Everest: Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumi di Benoni
Jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benoni, Papar.

Tragedi Everest: Masa makin suntuk, KBS salur RM1.48 juta pergiat operasi SAR Hawari
Kerajaan melalui KBS menyalurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta misi Malaysia Everest 2023.

Tragedi Everest: Pencarian Hawari diteruskan walau libat kos tinggi - Armizan
Operasi SAR pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat diteruskan walaupun membabitkan kos tinggi.