TASEK GELUGOR: Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim menerima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditamatkan ekoran masalah dron.
Ibu Muhammad Hawari, Che Tom Hassan, 64, berkata, walaupun jauh di sudut hatinya masih berharap SAR dapat diteruskan, namun dia sudah reda dan menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan misi terbabit yang berdepan keadaan sukar termasuk faktor cuaca kurang baik.
Che Tom turut memaklumkan, anak bongsunya, Muhammad Ismail, 28, dan menantunya, Mohamad Azhar Ilias, 35, bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP), Haryany Mohamad, akan bertolak ke Nepal malam esok bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pencarian Muhammad Hawari.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya pihak keluarganya akan mendapat maklumat lengkap berhubung operasi SAR terbabit secara terus.
"Harap pencarian dapat diteruskan. Sudah dihentikan awal semalam sebab faktor cuaca. Kami boleh terima. Mereka minta wakil keluarga Hawari datang ke Nepal esok. Malam akan berangkat dan ditanggung oleh misi.
Rasa hiba tidak dapat nak cakap, saya faham faktor cuaca. Berat hendak cakap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor pada Rabu.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor yang berharap Muhammad Hawari dapat diberikan penghargaan.
"Harap kerajaan menghargai, tidak ramai OKU yang berjaya ke puncak berjaya menaikkan bendera, saya harap ada penghargaan daripada pihak kerajaan.
"Saya rasa perlu satu bentuk sumbangan atau bantuan berkekalan mungkin sampai anak-anak (Muhammad Hawari) membesar, dijaga dan diberi bantuan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Pengurus Misi ME2023, Ayu Wanirah Naharudin memaklumkan misi SAR yang sepatutnya berakhir hari ini terpaksa dihentikan berikutan dron yang digunakan gagal menerima gambar dan video dirakam.
Katanya, berita itu diterima daripada Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak yang kini berada di Everest Base Camp (EBC), Nepal.
Muhammad Hawari dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu selepas beliau berjaya menawan puncak Everest pada 18 Mei jam 3.30 petang waktu Nepal dan 5.45 petang waktu tempatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jun 07 2023

Che Tom (kiri) ditemui media di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tragedi Everest: Operasi SAR Hawari tamat hari ini, disambung tahun depan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, ditamatkan secara rasmi hari ini dan akan disambung tahun depan.

Tragedi Everest: KBS keluar kenyataan berkaitan siasatan selepas operasi selesai - Hannah Yeoh
KBS belum bersedia memberi sebarang ulasan berhubung tragedi kematian dan kehilangan peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023).

Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.

Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki OKU pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.

Tragedi Everest: Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumi di Benoni
Jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benoni, Papar.

Tragedi Everest: Masa makin suntuk, KBS salur RM1.48 juta pergiat operasi SAR Hawari
Kerajaan melalui KBS menyalurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta misi Malaysia Everest 2023.

Tragedi Everest: Pencarian Hawari diteruskan walau libat kos tinggi - Armizan
Operasi SAR pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat diteruskan walaupun membabitkan kos tinggi.