TASEK GELUGOR: Ibu pendaki yang juga peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, Che Tom Hassan, 64, melahirkan keyakinan bahawa anaknya itu masih hidup dan selamat.
Dengan linangan air mata, Che Tom turut berharap usaha mencari anaknya itu akan tetap diteruskan meskipun telah dimaklumkan misi tersebut bakal berakhir Ahad ini.
Che Tom juga percaya anak ketiga daripada lima beradik itu masih dapat bertahan susulan dikatakan mempunyai peralatan dan bekalan makanan yang mencukupi sewaktu dilaporkan hilang.
Mengulas lanjut dia berkata, sudah melakukan solat hajat bagi memohon petunjuk keberadaan anaknya namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan.
"Masih ada harapan tetapi saya pun harap semua (sama-sama berdoa). Seorang saya tak kuat. Saya rasa dia masih ada, insya-Allah," katanya.
Dia juga masih menaruh harapan Muhammad Hawari, 33, akan pulang dalam keadaan selamat walau dalam apa keadaan sekalipun.
"Mereka kata (pencarian) sampai hari Ahad ini tetapi mereka kata tetap akan berusaha juga cari. Besar harapan saya (ditemui), apa (keadaan) sekalipun," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang ( ZPP),
Datuk Amran Hazali ke kediamannya di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.
Amran berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Hawari adalah pada 13 Mei lepas iaitu sewaktu dia mahu mendaki ke puncak gunung Everest.
"Kami di sini juga mengharapkan keluarga Hawari tetap kuat berhadapan dengan ujian besar dan sentiasa mendoakan Hawari dapat ditemukan, insya-Allah," katanya.
Dalam kunjungan ringkas itu, ZPP turut menyampaikan sumbangan wang tunai serta barang keperluan kepada ibu Muhammad Hawari.
Media sebelum ini melaporkan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari yang hilang di kawasan pergunungan Everest akan ditamatkan Ahad ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr K Nagulendran berkata, keputusan itu dibuat susulan notis penutupan semua aktiviti di pergunungan Everest mulai Isnin depan, yang dikeluarkan kerajaan Nepal.
Muhammad Hawari yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Dia yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei.
Mangsa merupakan anggota kumpulan sama yang menyertai ME 2023 bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang dilaporkan meninggal dunia ketika misi menakluk Everest pada ketinggian 8,000 meter.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 25 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang ( ZPP), Datuk Amran Hazali (kiri) sewaktu mengunjungi Che Tom Hassan di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Tragedi Everest: Operasi SAR Hawari tamat hari ini, disambung tahun depan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, ditamatkan secara rasmi hari ini dan akan disambung tahun depan.

Tragedi Everest: KBS keluar kenyataan berkaitan siasatan selepas operasi selesai - Hannah Yeoh
KBS belum bersedia memberi sebarang ulasan berhubung tragedi kematian dan kehilangan peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023).

Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.

Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki OKU pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.

Tragedi Everest: Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumi di Benoni
Jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benoni, Papar.

Tragedi Everest: Masa makin suntuk, KBS salur RM1.48 juta pergiat operasi SAR Hawari
Kerajaan melalui KBS menyalurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta misi Malaysia Everest 2023.

Tragedi Everest: Pencarian Hawari diteruskan walau libat kos tinggi - Armizan
Operasi SAR pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat diteruskan walaupun membabitkan kos tinggi.