KUALA LUMPUR:Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menangguhkan pendaftaran serta kemasukan pelajar baharu Program Sarjana Muda dan pelajar lama secara fizikal bagi sesi akademik 2020/2021 berikutan kes COVID-19 yang kian meningkat.
UPNM dalam kenyataannya memaklumkan selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), penangguhan pendaftaran secara fizikal pada Sabtu dan Ahad lepas dilaksanakan serta pendaftaran pelajar secara dalam talian dilakukan melibatkan 920 orang pelajar Sarjana Muda.
"UPNM terus fokus kepada aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian. Ini termasuklah program-program khas dalam talian untuk pelajar baharu.
Daripada jumlah itu, seramai 58 penuntut awam sudah mendaftar secara fizikal memandangkan mereka datang dari jauh serta berada di sekitar Kuala Lumpur dan ia dilakukan mengikut garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Dalam pada itu, UPNM memaklumkan Mod PdP dalam talian ini akan diteruskan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa COVID-19 dan pelajar akan dibenarkan kembali ke kampus sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Selain itu sebagai langkah keselamatan, kakitangan UPNM diminta menangguhkan sebarang lawatan atau perjalanan ke kawasan berisiko tinggi dan mereka yang pulang daripada kawasan berkenaan, perlu memaklumkan maklumat perjalanan dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Kenyataan itu turut memaklumkan , pensyarah dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPNM juga bergerak aktif dalam memberikan sokongan moral serta bantuan kebajikan kepada pelajar terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020

UPNM memaklumkan Mod PdP dalam talian akan diteruskan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa COVID-19. - Gambar Facebook/UPNM

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Polis sedia siasat kes buli di UPNM jika masih ada - Ketua Polis KL
PDRM sentiasa bersedia menerima laporan daripada mana-mana pihak termasuk mangsa, keluarga atau daripada pihak UPNM sendiri.

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.

Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.

Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Peserta ambil masa dua bulan siapkan roket untuk MRC2024
Tenaga pengajar dan pelajar UPNM ambil masa hampir dua bulan bagi menghasilkan roket dengan kemampuan meluncur melebihi satu km ke udara.

Kementerian Pertahanan harap UPNM pastikan kes Zulfarhan tidak berulang
Kementerian Pertahanan berharap agar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memastikan bahawa kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut universiti itu, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain

Agong sempurnakan pengurniaan watikah tauliah Pegawai Kadet ATM
Seramai 228 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini, yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPNM.

Tubuh inkuiri siasat punca tiada tindakan awal pihak universiti
Langkah tersebut penting untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta menghalang insiden sama berlaku pada masa hadapan.

"Saya maafkan tertuduh yang 'buat' anak saya" - Bapa Zulfarhan
Zulkarnain Idros hulur salam perdamaian buat mereka yang telah menyebabkan kematian anaknya, Zulfarhan Osman.

Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun
Enam penuntut UPNM yang menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain dipenjara 18 tahun.