KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan berharap agar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memastikan bahawa kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut universiti itu, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak berulang pada masa hadapan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kawal selia universiti itu bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya, UPNM bertanggungjawab mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara.
"UPNM sebagai universiti pertahanan adalah tempat kita hantar dan pastikan kadet-kadet untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia.
"Kampus itu terletak dalam kawasan kita dan visinya datang daripada kita. Jadi dalam hal ini kita juga beri perhatian dan kita juga sampaikan kepada pihak pengurusan universiti supaya mereka pastikan ini tidak berlaku di masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.
Selasa lepas, Mahkamah Rayuan mendapati enam bekas penuntut UPNM bersalah membunuh Zulfarhan Osman tujuh tahun lepas dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
UPNM yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Bagaimanapun Mohamed Khaled percaya UPNM telah mengambil tindakan sewajarnya susulan kes berkenaan.
"Itu berlaku pada 2017, saya percaya selepas itu tiada lagi perkara-perkara ini berlaku maknanya mungkin tindakan-tindakan sewajarnya telah diambil pihak universiti," katanya.
Beliau berkata ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan tabiat seperti membuli, bagi memastikan persekitaran sihat dalam pembelajaran dapat diwujudkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Khaled berkata, UPNM bertanggungjawab mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kementerian Pertahanan harap UPNM pastikan kes Zulfarhan tidak berulang
Kementerian Pertahanan berharap agar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memastikan bahawa kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut universiti itu, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain

'Gejala buli perlu dianggap jenayah berat' - Bapa Zulfarhan
Gejala buli perlu dianggap sebagai jenayah berat yang boleh mengundang maut dan membawa kemudaratan kepada orang lain.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 November 2021.

Kes kematian Zulfarhan: Pelaku umpama penjenayah yang tiada belas kasihan - Hakim
Hakim tidak dapat membayangkan kesakitan dialami mangsa yang ditekap seterika berulang kali termasuk bahagian sensitif.

"Saya maafkan tertuduh yang 'buat' anak saya" - Bapa Zulfarhan
Zulkarnain Idros hulur salam perdamaian buat mereka yang telah menyebabkan kematian anaknya, Zulfarhan Osman.

Ceritalah ASEAN - Suatu tragedi Malaysia: Kematian kadet Zulfarhan Osman
Dia seorang anak, abang, penuntut kejuruteraan elektrikal dan kadet yang bercita-cita menakhodai kapal suatu hari nanti. Semua itu hilang begitu saja kerana kekejaman penderaan.