Malaysia perlu lebih berani bersuara dan memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan dan memperjuangkan isu keamanan sedunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Negara juga perlu menggunakan kejayaan mendapatkan Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebagai platform untuk menggalakkan rundingan dalam menyelesaikan isu keselamatan antarabangsa.
Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar yang juga bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata akan wujud pelbagai cabaran baharu ketika melaksanakan tanggungjawab tersebut dan Malaysia seharusnya lebih bersedia.
"Alhamdulillah, kita melakukan yang terbaik hasil kerja keras pasukan kita. Ia turut menunjukkan imej baik dan positif tentang reputasi negara dalam kalangan anggota komuniti antarabangsa.
"Saya sangat berbangga dengan pasukan kita dan tahniah sebanyak-banyaknya. Terdapat banyak cabaran yang bakal kita hadapi semasa tempoh ini kerana kita berada dalam persekitaran antarabangsa yang tidak menentu," katanya.
Malaysia memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 187 daripada 192 jumlah undi.
Anggota baharu akan menduduki kerusi berkenaan pada 1 Jan 2015 dan berkhidmat dalam UNSC sehingga 31 Dis 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya telah menggariskan lima keutamaan peranan yang bakal dilakukan Malaysia dalam memikul mandat tersebut.
Lima keutamaan itu ialah mengembangkan agenda kesederhanaan pada peringkat global; menggalakkan rundingan sebagai kaedah penyelesaian konflik, menggalakkan operasi pengaman PBB; membantu proses membangunkan keamanan di negara yang menghadapi konflik dan terus membincangkan reformasi komprehensif UNSC.
Sementara itu Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan mahu melihat Malaysia lebih berani dalam menyuarakan cadangan menstruktur semula Majlis Keselamatan PBB yang disifatkan sebagai pentas utama dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
Azmi berkata isu penstrukturan semula majlis berkenaan harus diberi perhatian, selain menjadikannya sebagai agenda utama dalam perbincangan apabila tiba giliran Malaysia mempengerusikan majlis tersebut kelak.
"Malaysia menggalas peranan dan tanggungjawab besar terutama dalam memberi momentum terhadap cadangan menstruktur semula majlis itu, yang dilihat terdapat cacat-celanya," katanya.
Menyifatkan pemilihan itu sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata Malaysia perlu meneruskan dasar kesederhanaan dan menentang ekstremisme agar mampu menjadi contoh kepada negara maju dan negara membangun lain.
Menerusi pemilihan itu, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia ini berkata Malaysia juga dilihat mempunyai peluang besar dalam menentukan hala tuju geopolitik negara di dunia yang dilihat berlaku ketidakseimbangan antara kuasa besar dan kuasa kecil.
"Dominasi negara kuasa besar terhadap negara kecil semakin berleluasa, dan dalam masa sama, banyak keadaan yang ada kalanya memperlihat PBB agak tidak berpendirian dan tidak sependapat dalam isu penting terutama berkaitan undang-undang antarabangsa.
"Contohnya, konflik antara Palestin dan Israel. Malaysia sebagai negara yang mempunyai pendirian tegas berhubung perkara ini mempunyai peluang mengetengahkan betapa pentingnya isu ini diberi perhatian di peringkat antarabangsa," katanya.
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata dengan tanggungjawab baharu itu, Malaysia boleh memainkan peranan lebih proaktif di masa depan untuk berbincang dan mencari penyelesaian kepada isu berkaitan keamanan dan keselamatan dunia selain berusaha ke arah meletak Malaysia pada profil lebih tinggi dalam arena antarabangsa.
Bernama
Fri Oct 17 2014
M'sia perlu lebih berani bersuara & memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan dan memperjuangkan isu keamanan sedunia di PBB. -Gambar fail
Ramalan 2025: Kesediaan AI dan Kebangkitan Ejen AI
David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi APJ di Boomi, membincangkan ramalan 2025 mengenai kesediaan AI dan kebangkitan ejen AI. Beliau juga mengupas kepentingan pengurusan ejen AI oleh kerajaan dan perniagaan, cabaran yang bakal dihadapi, serta amalan AI yang bertanggungjawab dan beretika.
AWANI Pagi: PILKADA 2024: Dinamika politik menuju Indonesia Emas 2045
Fokus AWANI Pagi 27 November 2024 8.30 pagi bersama Farhan Hakimi mengupas berkenaan PILKADA 2024 melihat kepada kawasan panas, pertembungan ideologi termasuk hala tuju ekonomi di bawah konsep Indonesia Emas 2045.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan pada 4.4550/4650 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada paras 4.4560/4600 di akhir urus niaga semalam.
JPS keluarkan amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas
Antara kampung yang akan terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa dan Kampung Jelor.
Pertahankan legasi, cabaran besar PDIP dan Megawati
Pilkada Jakarta 2024 bagi parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) adalah lebih daripada sekadar pilihan raya kali ini.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Ketua Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI), Mochammad Afifuddin memaklumkan akan memastikan semua daerah di Indonesia bersiap sedia melaksanakan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 secara serentak yang berlangsung hari ini.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
"Saya rasa tidak berdaya"
"Saya rasa tidak berdaya" itu luah rakyat Palestin yang berjuang untuk hidup berikutan kebuluran selain cuaca yang sangat sejuk di tengah-tengah serangan berterusan Israel.
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.
Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.
PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.
Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.
Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.
'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.