UM bersaing dengan lebih 300 universiti dari 13 buah negara di Asia Timur, Asia Pasifik dan Australasia
Kedudukan itu menggunakan indikator pengukur sama seperti digunakan dalam Kedudukan Universiti Dunia 2019.
Bagaimanapun, pemberat ukuran dalam penentuan setiap kriteria diselaras untuk lebih mencerminkan profil lebih muda oleh sesetengah universiti di rantau ini.
![Kedudukan universiti Malaysia dalam senarai dunia dan Asia Pasifik](http://img.astroawani.com/2019-02/71550732908_freesize.jpg)
Jepun menjadi negara dengan penyenaraian universiti terbanyak iaitu 103 universiti manakala China pula melibatkan 72 universiti.
Tahun ini menyaksikan perubahan untuk keududkan pertama bagi rantau Asia Pasifik apabila Tsinghua Universiti, China menduduki tempat pertama.
Ia merampas kedudukan yang dihuni National University of Singapore yang jatuh ke tempat kedua.
![10 universiti terunggul Asia Pasifik](http://img.astroawani.com/2019-02/41550732893_freesize.jpg)
Tsinghua Universiti pernah menjadi institusi pegajian bagi Presiden Xi Jinping, Hu Jintao dan Zhu Rongji.
Terletak di Barat Laut Beijing, daerah Haidan, ia mempunyai 20 buah fakulti, dan 110 persatuan pelajar.